Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Tuesday, May 19, 2009

TGHH - Tiada Politik wang dalam PAS

sumber- malaysiakini


PAS menafikan wujud amalan politik wang dalam parti itu selepas jawatankuasa hariannya mendengar penjelasan ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud dalam mesyuarat pagi ini.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bantera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat dewan harian juga mengambil laporan daripada ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, pengarah pilihanraya parti Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan.

"Setelah kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Abdul Hadi lagi dalam satu kenyataan.

Dalam satu sidang media mengumumkan calon-calon yang layak bertanding bagi tiga sayap utama PAS, Mustafa berkata, beliau tidak menerima laporan mengenai politik wang dalam pemilihan parti itu.

"Tidak ada orang yang bercakap dan tiada juga yang datang mengadu mengenai politik wang," katanya sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau orang nak mengadu, mesti ada bukti. Kalau tiada, saya tidak layan."

Mustafa ditanya mengenai dakwaan rasuah menjelang pemilihan parti itu bulan depan seperti laporan awal yang memetik Mohamed sebagai berkata ada pihak memberi baju T dan mengadakan jamuan makan menjelang mesyuarat agung.

Bagaimanapun, ketika hubungi Malaysiakini minggu lalu, Mohamed berkata beliau tidak mempunyai bukti sahih wujud amalan tersebut tetapi hanya difahamkan berlakunya dua amalan tersebut.

"Kalau ada berlaku, minta dihentikan. Kalau tak ada, alhamdulillah," nasihatnya.

Ditanya sama ada beliau menyelidiki perkara tersebut, Mohamed berkata: "Tidak."

Rabu lalu, Bernama melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti dua amalan tersebut kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.

Dalam kenyataan yang sama, Abdul Hadi juga mengulang sikap PAS yang tidak meminggirkan golongan profesionalnya dalam konsep kepemimpinan ulamanya.

"Semua pihak ini telah berjaya memperkasakan PAS dengan konsep islam, dalam masa yang sama PAS diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia," katanya.

PASZBB
Alhamdulillah..seperti yang dijangka. Buat Berita Harian dan Utusan, sila tamatkan gembar-gembur kamu yang berbaur fitnah itu!

No comments:

Related Posts with Thumbnails