Dalam temubual tersebut, Dato’ Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat racist dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.
Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.
Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato’ Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.
“Sifat kepura-puraan Dato’ Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.
“Pemuda PAS Perak mencabar Dato’ Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara ‘gentlemen ilmu’ bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.
PASZBB
Kadang-kadang simpati dengan nasib Tok Mufti Perak ni, seorang yang amat lembut tutur katanya, wara' perwatakannya, tetapi kini apabila dia rela dipergunakan oleh UMNO dalam meng'halal'kan tindak-tanduk mereka, dia menjadi mangsa!
Samalah juga dengan Institusi Kesultanan Perak yang semakin terhakis penghormatan rakyat, apabila Tuanku merelakan UMNO ini berselindung dibelakang, menggunakan nama Sultan untuk mengiyakan apa yang dikatakan 'rampasan kuasa ala kudeta', maka sekalian rakyat semakin menjauhi Sultan mereka!
Apabila dikenangkan sebelum UMNO merampas negeri teman ini secara keji, teman dapat melihat betapa rakyat Perak berbangga mempunyai Sultan yang bijak dari segi akademik dan mempunyai Mufti sebagai penasihat yang berani berkata benar (dalam isu murtad & maksiat).
Tetapi kini segalanya musnah dalam masa tak sampai 4 bulan!! hari demi hari...
Semoga Allah SWT membantu rakyat negeri Perak daripada kezaliman dan kemunafikan ini...
No comments:
Post a Comment