sumber-
malaysiakiniPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersedia mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Perdana menteri juga menolak tanggapan bahawa BN takut untuk berdepan dengan pilihanraya di Perak - sepertimana yang dikehendak Pakatan - kerana bimbang BN akan kalah.
"BN tidak takut. Jika kita perlu berdepan dengan rakyat, maka kita akan berdepan dengan rakyat. Kita telah banyak kali berdepan dengan rakyat," tambahnya.
Najib juga ditanya mengenai gesaan pemimpin BN bahawa penyelesaian kemelut politik di Perak adalah dengan mengadakan pilihanraya baru di negeri itu.
Katanya, itu adalah satu daripada pilihan tetapi menegaskan bahawa di bawah perlembagaan, ia tidak semestinya sedemikian.
"Ia bergantung kepada Sultan untuk menimbangnya," tambahnya.Perak dilanda kemelut politik yang membabitkan perebutan kuasa antara BN dan Pakatan yang menang di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, kemelut itu tercetus apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas serta menyokong BN.
Ekoran itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar.
Baginda kemudiannya melantik Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.
Bagaimanapun, Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
PASZBB
Setelah dia memulakan segala-gala rompakan dan perancangan jahat bermula dengan melarikan ADUN-ADUN lompat! Setelah mempergunakan Sultan dengan meletakkan Sultan tersepit di tengah-tengah konflik politik dan kepentingan UMNO! Setelah menjadikan maruah dan prestij Kesultanan Melayu Perak sebagai taruhannya! kini dia kembali berselindung di sebalik nama Sultan Perak! berselindung di sebalik nama Istana Perak!
Pastinya Sultan sendiri tertekan dengan situasi ini sepertimana titah Raja Nazrin bahawa Istana adalah melampaui kepentingan politik!
Adakah payah benar untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat memohon DUN Perak dibubarkan? perkara yang 'mudah' ini sebenarnya menjadi 'ketakutan' sebenar mereka!
Oleh kerana perkara 'rompakan' ini adalah salah maka setiap apa yang dilakukan oleh UMNO-BN semakin salah! Mereka menutup kesalahan dengan lagi kesalahan!
Marilah kita sama-sama saksikan sejarah 'salah' ini dimana kesudahannya....
Kepada Allah SWT lah tempat bergantung segala-galanya dan kita semua akan kembali..
Zambry kemudiannya mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.
Semalam, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini.
No comments:
Post a Comment