Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.
Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.
"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.
"Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, hari ini.
Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.
Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.
"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.
"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.
moderator
Ada baiknya kenyataan Ustaz Daud itu diperincikan melalui siasatan dalaman. Jika benar ada kes, ada baiknya pula ianya dipanjangkan. Kita amat yakin jemaah PAS ini adalah mereka yang benar-benar takut kepada Allah SWT. Saranan Tuan Guru Nik Aziz agar tindakan disiplin diambil kepada yang bercakap di khalayak ramai ini sekiranya apa yang diucapkannya terbukti tidak benar dan tiada fakta sahih!.
Ini semua merupakan peluang atau bola tanggung buat musuh-musuh kita. Setakat ini, Utusan dan Berita Harian tidak lupa untuk menyiarkan berita-berita ini di muka hadapan!!! Seolah-olah mereka yang menjadi suara rasmi kita..
No comments:
Post a Comment