Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, May 11, 2009

Kesabaran PAS ada batasnya!!!


'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS
Harakahdaily
Mon | May 11, 09 | 10:34:05 am MYT

MARANG, 11 Mei (Hrkh) Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, baru-baru ini mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

"Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara).

"kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa," katanya yang dipetik daripada laman web peribadi beliau.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

"Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, Umno ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada.

"Kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!"jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan Umno dan BN dan meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

"Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

"Kita akan lalu, 'membujur lalu melintang patah', akan tiba masanya,"tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar Umno yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan umatnya sendiri.


moderator
Allahuakbar! Nampaknya UMNO-BN semakin tertekan dan terlihat segala kebusukan sebenar tembelang mereka! Kepada Alah SWT kita mohon perlindungan daripada terpalit sama...

No comments:

Related Posts with Thumbnails