Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Friday, May 8, 2009

UMNO Kalah Hujjah Guna Gari & Cota

Posted on Friday, May 08 @ 08:59:53 MYT by Paktam
sumber - Detikdaily

Keunggulan Islam sebagai cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt ialah tegaknya diatas hujjah . Ia bukan satu agama atau cara hidup yang dipaksakan ke atas sesiapa [ لا إكراه في الدين ] , namun ia menawanGo to fullsize image hati , menguasai minda dan mempengaruhi aqal melalui kehebatan hujjah .

Al Quran banyak menyerlahkan ayat seperti

أفلا تتذكرون / أفلا تتفكرون / أفلا تعقلون / أفلا يتدبرون / أفلا تسمعون / أفلا تبصرون / أفلا ينظرون / أفلا يعلم

[ apakah kamu tidak mengingati , apakah kamu berfikir , apakah kamu tidak beraqal , apakah kamu tidak meneliti , apakah tidak mendengar , apakah kamu tidak melihat , apakah kamu tidak mengetahui..]


Perkataan atau ayat seperti ini menunjukkan bagaimana Al Quran mengajar manusia manafaatkan pancaindera hujjah seperti aqal , mata , telinga dan hati agar menerima sesuatu berasaskan penilaian .

Sistem nilai ini telah diasaskan oleh Al Quran dalam membentuk kedewasaan ummah akhir zaman . Membentuk tamadun dan peradaban berasaskan kekuatan dan kemantapan hujjah . Al Quran pula mengemukakan [ mi'yar ] neraca penilai dan garis panduan berasaskan ketetapan dan peraturan as samawi [ bukan ciptaan manusia ] .

Malah al Quran pernah berulangkali mencabar siapa jua di sepanjang pertumbuhan tamaddun manusia ini agar mengemukakan hujjah selain al Quran jika mereka tidak boleh menerima kebenaran al Quran atau enggan menerimanya .

هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila datangkan hujjah kamu jika kamu orang - orang yang benar

Al Baqarah : 111

و إن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأتوا بسورة من مثله و ادعوا شهداءكم من دون الله إن كنتم صادقين

dan jika kamu meragui apa [ kitab ] yang telah kami turunkan kepada hamba kami [ Muhammad saw ] maka sila datangkan satu surah seumpama al Quran dan ajak cerdik pandai kamu selain Allah swt jika kamu adalah orang - orang yang benar .

Al Baqarah : 23

Sehingga hari ini cabaran tersebut telah berusia lebih 1400 tahun namun tiada siapa yang berupaya menyahut cabaran tersebut justeru kehebatan dan ketinggian hujjah al Quran sebagai kitab as samawi .

Kitab inilah panduan ummah yang berjaya disepanjang zaman . Ia terbukti sebagai kitab yang benar tanpa tergugat hujjah dan fakta kebenarannya . Biarpun ada usaha untuk menyainginya tetapi gagal dan buntu . Inilah kitab mukjizat yang kaya dengan hujjah lalu ia mengajar ummat manusia khasnya penganut yang beriman kepadanya agar bertindak dan menilai berasaskan hujjah .

Malangnya UMNO dan BN hanya tahu mengaku sebagai muslim tetapi gagal berhujjah dengan rakyat dalam banyak perkara . Ketidakupayaan mereka berhujjah akhirnya mendorong mereka menggunakan kekuatan dan kekerasan bagi mendesak serta memaksa orang lain menerima kemahuan mereka . Selayaknya mereka menggunakan [ quwwatul mantiq ] kekuatan hujjah tetapi 1001 malang mereka gagal lantas mereka menggunakan [ mantiqul quwwah ] hujjah kekuatan .

Bukan mereka tidak memilik sarana atau saluran untuk berhujjah dan menyampaikan hujjahnya kepada masyarakat sepantas mungkin , tetapi sememangnya mereka lemah dalah berhujjah dan kelu dan bisu berdepan kebenaran sebagaimana Allah sebut dalam al Quran : فبهت الذي كفر
[ kaku kelu lah orang yang ingkar - bila berdepan kebenaran / kalah hujjah ]

Sebagaimana saya sebutkan tadi , sarana mereka [ UMNO dan BN ] cukup banyak samaada media cetak [ Berita Harian , Utusan Malaysia , News Strait Time , Mstar , Harian Metro dll ] , media elektronik [ television , radio dll ] dan media baru seperti web site , blog dan face book . Mereka boleh berhujjah pada bila - bila masa dan cepat kesannya dengan segala kemudahan yang mereka miliki untuk mengalahkan PAKATAN Rakyat .

Mereka [ UMNO dan BN ] gagal berbuat demikian . Ya ! mereka gagal dan mereka gagal beribu kali gagal . Apa lagi yang boleh saya sebutkan apabila mereka mempunyai kemudahan dan saluran sebegitu banyak namun mereka masih bertindak merampas akhbar Harakah milik PAS yang hanya terbit dua kali seminggu dengan helaian dan jumlah terbitan yang terhad kepada jumlah bilangan ahli serta pernah beberapa kali diganggu permit pengeluarannya . Mereka turut merampas Suara Keadilan dan menganggu permit pengeluaran atau penerbitannya .

Mereka [ UMNO dan BN ] turut menghalang majlis - majlis ceramah PAS dan menangkap pimpinan PAS yang hadhir untuk mengemukakan hujjah . Mereka suraikan himpunan dengan cara yang tidak beradab seperti melepaskan gas pemedih mata , air asid , gari dan cota .

Penangkapan ke atas Naib Presiden Tuan Hj Mohd Sabu dan Yb. Dato' Paduka Husam Musa , Yb. Tuan Hj Salahudin Ayub ketua Pemuda PAS Pusat , Yb Dr. Mujahid dan lain - lain adalah contoh mudah sikap agerasif UMNO dan BN yang kekalahan hujjah , tidak bertamadun serta mempamerkan sikap mereka sebagai barbarian .

Mereka [ UMNO dan BN ] juga menternak cybertrooper untuk menyerang web site atau blog yang menjadi milik para pimpinan dan ahli gerakan Islam PAS ini dengan melepaskan kata - kata kesat tanpa alas dan komentar yang tidak membina .

Saksikan sahaja setelah mereka gagal berdepan untuk memenangi hati dan mempengaruhi sokongan rakyat , tiba - tiba mereka kehilangan aqal dan budi lalu bertindak diluar kewarasan seperti merompak kerajaan PAKATAN Rakyat di Negeri Perak siang - siang hari . Mereka tidak sabar menunggu pilihanraya bahkan tidak berani berdepan dengan pilihanraya .

Selagi UMNO dan BN gagal menguasai seni berhujjah selama itu mereka akan kalah biarpun buat seketika mereka boleh bertahan atas tiket pilihanraya yang penuh dengan tipu muslihat . Selagi UMNO dan BN mendokong idelogi yang salah dan sikap mereka tidak tunduk kepada kebenaran al Quran maka selama itu pula hujjah mereka akan kalah .

Biar mereka memiliki sejuta universiti tetapi hanya akan melahirkan manusia cerdik yang jahil . Biar mereka mempunyai harta bertimbun tetapi hanya akan melahirkan hartawan yang angkuh . Biar mereka menggenggam kuasa tetapi hanya akan melahirkan penguasa yang diktator .

UMNO dan BN kian luput dan pudar dasar perjuangan dan arah tuju masa depan mereka apabila mereka sering gagal bergerak seiring dengan hujjah . Saat dunia ghairah menguasai maklumat dan menangani apa jua isu berasaskan hujjah , UMNO dan BN masih terperangkap dalam kedunguan mereka yang hanya tahu menggunakan cota dan gari .

Begitulah resmi pembesar dan penguasa yang korup hujjah , mereka menggunakan kekerasan untuk memaksa sebagaimana Namrud alaih laknatullah bertindak ke atas Nabi Allah Ibrahim as. Namun Namrud alaihi laknatullah sang penguasa dunia itu jatuh tersembam menjilat tanah kerana kekerasan dan kezalimannya . Selain rakyat bertambah benci dan marah , Allah swt juga senantiasa melaknat mereka yang zalim lagi angkuh .

One Malaysia sudah tahu UMNO dan BN macam tu lah keadaan dan sikap mereka .

No comments:

Related Posts with Thumbnails