Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, May 19, 2009

BN lantik Chua ketua penyelaras rampas negeri Pakatan

sumber - malaysiakini

Dewan Tertinggi BN hari ini melantik Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan 'untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau pernah dua kali mencadangkan Chua dilantik memegang jawatan tersebut.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa pelantikan itu bertujuan untuk meredakan rasa tidak puashati Chua yang dilihat dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti.

Sebaliknya, Ong menyifatkan tanggapan bahawa Chua dipinggirkan sebagai satu spekulasi semata-mata.

PASZBB
Teman teringat kata-kata seorang anak muda di Kuala Terengganu dulu sewaktu terserempak dengan Cua Soi Lek ini di hadapan UPU Kampung Sekolah Dun Ladang, "Dato! CD Part 2 sudah keluar kaaa???" Ayyyaaa!!! Manyak soli laaa maaaa!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails