start petang Jumaat baru ni sampai petang tadi jam 2.00pm, teman mogok daripada melayan internet. Kalau DS Nizar dan rakan-rakannya bermogok lapar, teman bermogok internet untuk memanifestasikan kekecewaan teman terhadap mahkamah malaysia.
Teman dok terbayang kalau-kalaulah teman ditakdirkan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan bergaduh dengan sanak-saudara pimpinan-pimpinan tertinggi UMNO! Hampir pasti teman akan didapati bersalah walaupun teman ditumbuk didalam rumah sendiri!
Itulah yang dapat teman percayai berdasarkan situasi semasa mahkamah malaysia ini. Bukan setakat situasi sekarang, sebenarnya situasi ini telah berlangsung lebih 10 tahun dulu lagi! teman masih ingat peristiwa 'usung tilam' yang akhirnya membawa 'laba' yang baik buat Musa Hassan apabila setelah 10 tahun dia kini beregelar Ketua Polis Negara! Peristiwa 'tuduhan berubah-ubah tarikh' yang membawa kepada terlantiknya Ghani Patail sebagai Ketua Peguan Negara kini! dan 2-3 makhluk spesies menyorok dibelakang undang-undang untuk 'menyebat' segala penghalang kepada kuasa eksekutif Malaysia.

Pada teman, sepatutnya Roo Moo-Hyun ini mengambil pengajaran dan tindakan seperti PM Malaysia yang ke 6. PM Malaysia ke-6 ini bukan setakat tuduhan rasuah, tuduhan bunuh pun ditelungkup ke wajahnya namun.. cait! tarahal punya!!!
Teman amat yakin, kalau bekas Presiden ini sempat bertanyakan petua dan rahsia 'muka tebal' daripada PM Malaysia ke-6 ini mungkin ia tidak perlu membunuh diri malah silap-silap boleh naik jadi Presiden balik!
Kadang-kadang sekali imbas wajah Hyun ni ada iras-iras Salahuddin Ayub! hehehe
sunsnake
No comments:
Post a Comment