Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Friday, May 15, 2009

Mungkin telah tiba masanya...


sumber - mrkolumpo

Semakin hari semakin kuat dan meningkat sokongan non muslim di dalam PAS.
sehinggakan kelab penyokong pas sudah dikatakan hampir tepu.
sebenarnya ini lah yang ditakuti oleh UMNO.
parti yang berasaskan perjuangan kaum sudah tidak relevan.
teori pecah dan perintah yang diserap masuk oleh british sudah lapok dan tidak laku.

Ini dibangkitkan oleh saudara Hu Pang Chow pengerusi Kelab Penyokong PAS.
Dan Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas bahawa menangguhkan keahlian kerana bimbang diserang oleh UMNO.

Pada hemat saya yang daif, sebenarnya UMNO bukan menyerang kerana mahu mentertawakan PAS tetapi SEBENARNYA MEREKA AMAT TAKUT AKAN TERJADI HAL INI.
Betul...ada sesetengah org PAS yang tak mahu satu hari nanti org non-muslim bertanding untuk pegang jawatan presiden.tetapi sebenarnya bukan itu cara nya

Pada hemat saya, PAS perlu menubuhkan satu sayap seperti sayap pemuda dan muslimah...khas untuk ahli non muslim.Sayap parti untuk non muslim membolehkan mereka menjadi ahli.walaubagaimanapun kite hadkan keahlian mereka paling tinggi boleh pegang Ketua sayap untuk non-muslim.sekurang2nya mereka tidak rasa dipinggirkan sedangkan mereka sama2 berjuang,bekerja dan mengundi untuk parti.

Bukan kah ini juga satu cara untuk mendekati dan berdakwah kepada mereka??Jika dibukakan hidayah untuk mereka memeluk Islam maka mereka boleh di serap kepada sayap parti PAS yang lebih kanan.

Apa yang HU cakap ada kebenarannya..seperti sepasang kekasih yang mengungkap kan kata I LOVE YOU seribu kali pun ..bila ajak kahwin tapi ditolak..lama2 mereka boleh lari.

Mungkin ramai di antara mereka yang tidak berparti.atau bekas dari pecahan MCA dan MIC.mereka seperti kita juga.mungkin mereka tak berapa nak ngam dgn DAP dan PKR..jadi mereka terus mendampingi PAS yang satu2 nye parti yang saya lihat lebih adil,telus dan bersih (hanya pendapat saya).mungkin mereka tak suka dgn PKR setelah terjadinya isu lompat parti.mungkin juga mereka tak berapa suka akan DAP dengan pendekatan segelintir DAP yang tidak mahu bertolak ansur tentang hukum Islam cth Karpal Singh.mereka ini kebiasaannya rapat dgn org melayu dan Islam.mereka tahu kebaikan dalam Islam.jadi ini lah amsanya untuk kite menyelamatkan mereka.

Saya sayangkan PAS dan saya sayangkan Pakatan Rakyat.Jika sekiranya satu2 cadangan itu boleh mendatangkan keuntungan kepada kita, tidak salah kite menerimanya.Jangan kite lupe mereka yang non-muslim ini lah yang menjadi penggerak kemenangan PAS di Kedah ,PP ,Perak dan Selangor.

Kepada Tuan Guru yang saya hormati, jangan lah takut akan ancaman UMNO.selama ini Tuan Guru dah menempuh pelbagai ancaman ugutan tawaan kejian dar UMNO tapi lhatlah sekarang..kite berada di ambang kemenangan

kepada ahli PAS pula..jangan lah risau...jangan pedulikan hasutan UMNO.mereka sebenarnya takut dan risau dengan penyertaan non muslim di dalam PAS. Kita hanya tubuhkan satu sayap kiri dalam parti dan kedudukan mereka paling tinggi hanya di dalam sayap itu sahaja selagi mereka tidak memeluk Islam.Dalam pada itu bayangkan kite boleh berdakwah dan ereka pula boleh mendekati kita dgn lebih erat seperti dalam sebuah keluarga yang besar.

Itu hanya pandangan peribadi saya yang daif lagi tidak berkepentingan.masing2 ada pendapat masing2.terpulang samada setuju atau tidak.saya alu2kan sebarang komen.

harap PAS boleh mempertimbangkannya...demi perpaduan dan tertegaknya Daulah Islamiah seperti Makkah dan Madinah di zaman Rasulullah s.a.w

p/s :Di zaman rasulullah dahulu, puak kristian dan yahudi dibenarkan duduk dalam masjid Nabi semasa mereka ingin bertanya tentang konsep ketuhanan dalam Islam.dan tatkala itulah turunnya surah Al-Ikhlas.jadi apa kurangnya perbandingan seperti yang berlaku sekarang.PAS seperti rumah dan kite hanya biarkan mereka yang non-muslim duduk di tempat parking kereta sahaja tanpa menjemput mereka masuk kedalam ruang tamu di rumah kite.

berikut saya copy paste kenyataan saudara Hu dari malaysiakini tentang penyertaan bukan Islam dalam PAS (saranan dari blogger PASs)

Segerakan bukan Islam sertai PAS
Jimadie Shah Othman | May 14, 09 3:13pm
Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.

Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu.

"Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya.

"Sebutlah seribu kali pun, tetapi bila ajak kahwin, tidak mahu. Lama-lama tentulah dia (kekasih) lari."

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menangguhkan keahlian bersekutu bukan Islam dengan alasan bimbang "diserang habis-habisan" oleh Umno.

Dalam bentuknya sekarang sejak ditubuhkan pada 2004, tambah Hu, KPP hanya organisasi longgar yang menyebabkan kesetiaan ahli tidak dapat dikekalkan.

Hu bimbang PAS akan kehilangan undi bukan Melayu jika keahlian bersekutu tidak disegerakan, dengan menaiktaraf KPP kepada sebuah dewan – seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat – selepas diterima oleh barisan pemimpin parti itu dalam satu pertemuan di Langkawi, hujung tahun lalu.

"(Usaha naik taraf KPP) sekarang ini agak perlahan. Saya bimbang dalam pilihanraya akan datang timbul masalah.

"Sokongan masyarakat Cina dan India terhadap PAS di tempat ketiga selepas MCA dan MIC.

"Kalau (status) KPP terus tergantung, akan timbul masalah," katanya, sambil menambah beberapa rakannya yang sama-sama mengasaskan KPP lima tahun lalu sudah tidak lagi aktif.

"Saya pun setahun lagi hendak bersara daripada politik. Tidakkan selama-lamanya saya hendak berada dalam politik."

Hu berkata, kelewatan itu berpunca daripada "masalah dalaman" PAS dan sesetengah pemimpin PAS yang "tidak serius" berhubung penyertaan ahli bukan Islam.

Beliau bagaimanapun enggan menghuraikan lanjut mengenai dua perkara itu.

Tambahnya, dengan penyertaan ahli bukan Islam, ada juga ahli akar umbi PAS yang bimbang kedudukan jawatan pemimpin kanan dan kedudukan dua dewannya – kecuali Dewan Ulama – hilang pengaruh.

"Saya pun tak nak orang bukan Islam tiba-tiba hendak bertanding jawatan presiden," katanya, sambil menambah telah membuat cadangan lengkap berhubung penyertaan bukan Islam pada Oktober tahun lalu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails