Salam,
Dapat teman rasakan kini betapa agak peritnya kehidupan apabila berada didalam saf 'pendokong' perjuangan Islam. Dulu teman selalunya mempunyai beribu-ribu persoalan untuk diajukan kepada golongan pimpinan PAS sama ada cawangan,kawasan mahupun pusat! Mengapa,kenapa, macam mana,sebab apa, bila dan macam-macam soalan yang teman nak 'laser'kan..
Setiap tindakan teman nak persoal, setiap keputusan teman nak 'tibai'! setiap kesalahan teman nak ungkit dan pertikaikan! Dan teman selalu rasa pelik kenapa pimpinan PAS ini agak slow sangat dalam setiap tindakan..
Bukanlah sesuatu yang mudah apabila berada didalam saf pendokong perjuangan Islam. Amat mudah sebenarnya menjadi 'penyokong' tetapi terlalu jauh bezanya dengan yang menjadi 'pendokong'!
Selalunya antara masalah yang lazim dialami untuk 'attend' mesyuarat ialah kewangan! tambahan pula kalau mesyuarat dalam area 10 hari lagi nak gaji! Memang agak 'serabut' sikit untuk mencari modal, maklumlah bukan semua 'pendokong' ini ber'wang'! Alhamdulillah, Allah SWT pasti akan membantu didalam urusan agama-Nya! Balik awal pagi ni jangan cerita laa.. Kalau esoknya cuti ok lagi, kalau esoknya keje? hehehe.. mau MC gak dibuatnya!
Dapat kita perhatikan apabila datang hari Muktamar atau mesyuarat kawasan khasnya, akan kedapatan ahli-ahli yang amat hebat memberi pendapat! yang amat hebat menghentam pimpinan dan amat takjub dengan cadangan dan saranannya sendiri. Kalau yang bergelar 'Ustaz' tu karang, habis dihentamnya dewan ulama' kawasan! kalau yang 'kaki sukan' tu karang, habis ditibainya Lajnah Sukan! Hatta YDP pun tak ketinggalan ditibai! dipersoal segala tindakan..
Bukan tak boleh sebegitu tetapi biarlah berpada-pada. Memberi cadangan dan saranan memang senang, seperti pengulas atau 'football pundits' didalam sesuatu perlawanan bolasepak, bukan main hebat mereka memberi kritikan terhadap pemain-pemain, sepatutnya tak payah gelecek, patut 'shoot' dari jauh je! patut buat 'off-side'! Patut pas balik kat 'midfield' dan 1001 kritikan terhadap pemain-pemain yang 'berguling-pering' dalam padang sedangkan dia duk rilek dalam air-cond! Atas sofa! Sebaiknya ahli-ahli ini selain daripada memberi cadangan & saranan, sebaiknya mereka turut serta dalam menjayakan cadangan dan saranan tersebut. Malahan lebih baik jika dia berada sekali di dalam saf kepimpinan. Sebab itu ada kuota 'lantikan' didalam mana-mana Dewan baik Ulama',Pemuda mahupun Muslimat.Sekadar peringatan buat diri sendiri.
Wallahua'lam
sunsnake

No comments:
Post a Comment