
:Menurutnya, susah untuk mencari pemimpin dalam UMNO yang berani untuk berdebat seperti anak jantan kerana pada masa lalu sewaktu timbul isu kafir mengkafir, Pas bersetuju untuk debat tanpa syarat dan atas apa tajuk sekalipun.
:Bagaimanapun akhirnya debat dibatalkan kerana UMNO menarik diri.
:“Saya teringat sewaktu debat Pas dan UMNO hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu, waktu itu saya baru tahun pertama di UKM, UMNO telah panggil orang-orang agama dalam UMNO termasuk pensyarah universiti yang pro UMNO.
:“Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa UMNO memang tidak ada hujah untuk melawan dengan Pas, kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk membantu pendebat UMNO,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

:Kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO itu susulan cadangan Nik Aziz agar diadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan UMNO.
:Idris berkata, Najib sepatutnya berani berdebat dengan Nik Aziz kerana ia adalah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada.
:“Bukan kita tidak tahu memang UMNO penakut kerana sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil UMNO-BN lari tidak bertangga,” katanya.
sunsnake
harap PM tak kecik hati dengan kenyataan Ustaz Idris ini, ustaz juga selaku rakyat Malaysia yang sama macam teman sebenarnya kecewa kerana berPerdana Menterikan seorang pengecut! Yang hanya pandai bermain kata-kata di rumah sendiri.. dihadapan wartawan.. tetapi takut hendak berhujah di pentas nyata! yang hanya berani didalam mimpi dengan harapan mimpi menjadi kenyataan dan dipercayai oleh rakyat seluruhnya!! Maaf Dato' Seri, kami rakyat jelata dah muak dengan mainan mulut dan pengecut UMNO..
Cabar Bubar Dun Perak, tunduk tak berani!
Cabar hapuskan ISA!! tunduk tak berani!
Cabar hapuskan PPSMI!! tunduk tak berani..
paling ringan.. Cabar berdebat!! tunduk dan terus meniarap!! chaitt!!!
No comments:
Post a Comment