Selepas kemenangan yang mencatat sejarah parti pembangkang di
Apakah dia racun pada mereka itu? Itulah dia Pakatan Rakyat!
Pakatan Rakyat adalah racun yang paling berbisa pada UMNO-BN. Ini adalah kerana dengan bertambahnya kekuatan PR, maka berkuranglah kekuatan UMNO-BN..
Kalau kita perhatikan dan teman yakin semua dapat menilai, bermula dengan peristiwa Muzakarah UMNO-PAS sebaik sahaja PRU-12, seolah-olah berturutan selepas itu isu-isu ‘persahabatan’ PAS dan UMNO dimainkan dalam pelbagai tajuk! Sehingga kemuncaknya setakat ini adalah “kerajaan Perpaduan” yang kelihatan begitu hebat kocakannya! Namun Akhrnya kocakan itu tenang malahan menjadi aib pula buat UMNO-BN kerana merekalah yang beria-ia mahu menyertai ‘Kerajaan Perpaduan’ tersebut!
Dan kini timbul pula isu Pemuda PAS dan UMNO.. kadangkala teman nak tergelak juga mendengar Khairi Jamalludin bersyarah tentang peri-pentingnya perpaduan! Kamu yang tolak undang-undang ISA dengan sinis! Sekarang kamu hendak bercakap mengenai perpaduan?? Chaitt!!!
Sedarlah wahai semua pimpinan PAS,PKR dan DAP. Peluru ‘PAKATAN RAKYAT’ inilah sebenarnya nanti yang mampu membunuh UMNO-BN dan peluru ini adalah WAJIB untuk kita bukan sahaja pertahankan malah perkuatkan! UMNO-BN sedar inilah sahaja peluang yang mereka ada iaitu menggoncangkan perpaduan didalam PAKATAN RAKYAT. Dengan bergoncangnya perpaduan PAKATAN RAKYAT maka mudahlah untuk mereka merawat kecederaan mereka yang mungkin boleh membawa maut kepada UMNO-BN..
Selaku rakyat di lapisan terbawah, teman dapat melihat betapa besarnya harapan rakyat
Justeru itu, ketepikanlah segala permasalahan sesama kita, satukanlah tujuan..Untuk menjatuhkan UMNO-Barisan Nasional..
Dan dalam masa yang sama, fahamilah akan ideologi sesama sendiri. Kini bukan waktunya untuk sibuk melayan karenah UMNO-BN yang senantiasa memuntahkan isu-isu sampah! Tetapi sekarang adalah masa untuk kita memperbaiki perhubungan sesama PAKATAN RAKYAT.
Segala perselisihan atau ketidakfahaman antara DAP dan PAS, PAS dan PKR, PKR dan DAP, sekaranglah waktu terbaik untuk perkuatkannya!
Sekarang kita mempunyai Selangor yang dipimpin oleh Menteri besar daripada PKR, Pulau Pinang yang Ketua Menterinya DAP, Kedah dan Kelantan yang Menteri Besarnya daripada PAS, nah? Bukankah amat cantik dan baik jalan yang Allah SWT kurniakan ini? Malahan krisis Perlembagaan Negeri di Perak sebenarnya telah menyuntik semangat buat semua ahli parti-parti PAKATAN RAKYAT dan mengetuk pintu hati majoriti rakyat Malaysia untuk meneruskan sokongan kepada PAKATAN RAKYAT disamping berjaya mengetuk pintu hati ramai ahli-ahli parti-parti UMNO-Barisan Nasional!!!
Akhirnya, sekarang bukan masa untuk sibuk melayan karenah UMNO-BN tetapi inilah kesempatan terbaik untuk meneruskan langkah yang sedia benar di landasan yang betul! Ingat!! Gagalnya PAKATAN RAKYAT kali ini, rakyat
sunsnake
No comments:
Post a Comment