Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, July 6, 2009

Untungnya UMNO Kedah dalam isu BABI ni!


Penduduk kampung membawa sepanduk membantah cadangan pembinaan pusat penyembelihan babi di Kampung Cina, Mukim Padang Kerbau di pekan Pendang, Kedah, semalam.

Pendang, 5 Julai-
Demonstrasi anjuran Belia 4B Kedah itu turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Pegawai Daerah Pendang, Abdul Shukor Abd. Ghani.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Shukor berkata, Majlis Daerah Pendang menolak permohonan untuk membina pusat penyembelihan babi di Kampung Cina itu.

Katanya, kajian bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Veterinar dan pihak Pejabat Daerah mendapati lokasi itu tidak sesuai dijadikan tapak pusat penyembelihan babi.

"Kami juga telah memaklumkan keputusan ini kepada Pejabat Menteri Besar dan kami akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak lama lagi," ujarnya.

Tapak tersebut dicadangkan setelah satu-satunya pusat penyembelihan babi di negeri ini iaitu di Kampung Berjaya, Alor Setar dirobohkan Rabu lalu oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Tapak penyembelihan babi pernah dicadangkan dibina di Jabi, Pokok Sena namun mendapat bantahan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut Abdul Shukor, kini terpulang kepada kerajaan negeri sama ada untuk terus membina pusat tersebut di Pendang kerana pihak Majlis Daerah telah menolak cadangan tersebut.

"Tapak tersebut juga berdekatan dengan kawasan sawah dan kami khuatir jika ia dibina, najis babi daripada pusat tersebut akan mencemari sungai berdekatan," kata Abdul Shukor.

sunsnake

Beruntungnya ahli-ahli UMNO Kedah boleh buat demonstrasi tak puas hati pasal babi nih! Ini baru plan nak buat kandang.. Orang-orang UMNO Melaka?? usahkan nak buat demo, nak bisik-bisik pun tak berani!!! Nak mamposs!! tau dek juak-juak Ali Rustam!! habis kena cut duit kopi!! habis hilang duit babi dari tokey-tokey babi!! last-last terpaksa la rumah melayu UMNO Melaka duduk sebelah kandang-kandang babi!! siap dapat 'perfume & najis' percuma pulak tuh melalui Sungai dan parit yang dicemari!

Sepatutnya rakyat Malaysia termasuk kaum cina puji Kerajaan PAS Kedah sebab melaksanakan undang-undang dan menepati janji iaitu 'Pemerintahan Yang Adil' kepada semua lapisan masyarakat. Tempat Sembelih babi tu dah lama terjelepuk 'haram' kat tempat tuh! dan teman yakin, UMNO sebelum ini memang tak dapat nak tutup sebab takut undi lari!! sedangkan bukan semua orang selesa dengan tempat tu apatahlagi rakyat yang duk kat situ!

InsyaAllah.. akan ada jalan keluar untuk masalah ini.. media BN je yang dok besarkan cerita.. demo-demo ni sebenarnya nampak sangat anjuran UMNO yang gila meghoyan nak pegang kuasa Kerajaan negeri balik! untuk Ustaz Azizan, segerakanlah penyelesaian dalam isu ini, ibarat menarik rambut dalam tepung...


No comments:

Related Posts with Thumbnails