Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, May 6, 2009

Arahan Terbaru Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS)



Sila hadir ke Dataran Merdeka jam 9 malam ini,
ahli diminta berbaju hitam dan bawa lilin.
Himpunan Protes Tangkapan Mat Sabu.

Ahli dan penyokong PAS sekitar Bukit Beruntung,
sila berkumpul di Markaz PASZBB jam 8.30 malam.

sebarkan!


Solat hajat Dun Perak dan solidariti bebaskan Mohammad Sabu malam ini

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Meskipun hari ini beberapa pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat ditahan berikutan penganjuran himpunan dan solat hajat sempena Sidang Dun Perak, namun beberapa solat hajat terus akan diadakan.

Di Dataran Merdeka, satu solat hajat diadakan bagi memberikan solidariti ke atas penahanan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Solat hajat ini dianjurkan oleh Solidariti Menyokong Pakatan Rakyat Perak dan Bantahan Penahanan Mohammad Sabu.

Sementara, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar pula menyatakan dalam sms ringkasnya satu majlis solat hajat dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan malam ini.

"Mohon semua ahli PAS Negeri Sembilan juga ahli serta penyokong Pakatan Rakyat yang beragama Islam di Negeri Sembilan ini hadir Majlis Solat Hajat sempena Sidang DUN Perak pada malam ini Rabu 6 Mei 2009 jam 7:15 malam di Surau Hitam, Ampangan , Seremban" kata sms Zulkifly kepada Harakahdaily.

sumber - harakahdaily

No comments:

Related Posts with Thumbnails