Assalammualaikum,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, aktiviti ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh dengan ukhwah! Seawal jam 10 malam, markaz telah didatangi oleh ahli-ahli untuk bermalam disitu. Ada antara ahli yang terpaksa bertugas memasang bendera dan persiapan untuk Majlis Hi-Tea bersama Mahfuz di Kuala Kubu Bharu.
Hampir 10 orang ahli bermalam di markaz dan lebih 5 orang lagi telah hadir jam 3~4 pagi. Seawal jam 4.15pagi aktiviti dimulakan dengan sesi Solat Sunat Tahajud berjemaah, diikuti Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Taubat. Alunan zikir munajat diselang-selikan dengan solat-solat sunat tersebut. Diakhiri dengan solat witir dan seterusnya selepas Azan Subuh berkumandang, Solat Subuh berjemaah didirikan buat julung-julung kalinya di markaz baru PASZBB ini!
Sesi bacaan Al-Mathurat al-kubro diadakan selepas itu dan sedikit perbincangan isu-isu semasa.
Tepat jam 7.15 pagi, semua ahli berkumpul di Restoran Sempurna,Bukit Sentosa untuk bersarapan. Juadah seperti roti canai,roti boom,Nasi lemak, Nasi Dagang dan pelbagai lagi menjadi pilihan..
Semoga Allah SWT menerima ibadah yang tidak seberapa ini dan memberi kelapangan dan peluang yang sama dimasa akan datang. Terima Kasih kepada semua yang hadir dan bagi yang tidak berpeluang, InsyaAllah kita akan jadikan aktiviti qiamullail ini sebagai aktiviti bulanan PASZBB. InsyaAllah...
S/U PASZBB
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment