Assalammualaikum,
Semalam (4.5.09), teman mendapat perkhabaran, pak sedare teman meninggal dunia jam 9.48 pagi kerana sakit jantung dikampung teman, Kampung Balun, Slim River.
Lepas Zohor, teman pun gerak le bersama anak bini teman ke kampung.. dalam perjalanan teman dapat call daripada adik teman yang dah sampai. "Along, jangan lupa bawa kasut buruk sekali, Jamal katak ada kat sini!!" pulakk!! teman sebenarnya memang dah standby kasut dalam bonet tuh! Tetapi mengenangkan arwah pak sedare teman, teman tak layan sangat sakit hati yang tiba-tiba bergelojak dalam dada nih..
Sesampai teman di simpang Kg Balun, teman terperasan ada kereta keluar dari kampung.. dan teman dapat rasa itu kereta si katak tu.. Sesampainya teman di rumah arwah, memang ye.. katak tu dah balik... fuh! sib baik la dia tak terserempak dengan teman.. teman takut kalau-kalau teman tak dapat nak control kesabaran..
Buat Allahyarham Pak sedare teman, moga Allah ampuni segala kesalahannya dan menghimpunkan roh beliau dikalangan orang-orang yang dirahmati Allah SWT. Arwah adalah manusia yang paling baik dan sayang pada kanak-kanak yang teman pernah tengok! Kadang-kadang kalau dia terserempak dengan anak-anak saudara atau cucu-cucu saudaranya, pasti didukung dan diciumnya! Teman masih ingat lagi arwah telah mendokong teman setiap kali pasukan bolasepak Perak menjaringkan setiap gol dalam perlawanan Akhir Piala FA yang pertama tahun 1990. kesudahannya, 4 kali teman dijulang oleh arwah!
Al-Fatihah buat bapa saudaraku, Razak@Alias Bin Hassan.
sunsnake
No comments:
Post a Comment