Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, May 5, 2009

Solat Hajat 5.00 pagi di Ipoh, Perak!


Satu majlis Solat Hajat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 Mei 2009 (Pagi Khamis)
Tempat: Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

"Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan 'menyingkirkan' Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan 'One Black Malaysia' ini.

"Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja," demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki

"Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi," katanya

moderator
sebaiknya seluruh ahli PAS bersama-sama memohon kepada Allah SWT melalui Solat hajat di markaz atau dirumah masing-masing. Inilah senjata orang mukmin.. jika mereka yakni UMNO memohon bantuan PDRM dan PEKIDA untuk mengekalkan kuasa haram, kita mohonlah bantuan dan kekuatan kepada Raja segala Raja yakni Allah SWT. Takbir!! Allahuakbar!

No comments:

Related Posts with Thumbnails