"Kesan daripada idea kerajaan perpaduan ini saya merasakan betapa banyaknya lompang-lompang dan sifat-sifat yang jahat dalam diri para pejuang Islam. (terutamanya di alam maya ini). Semoga mereka diampuni Allah taala.
Sifat-sifat ini mesti dibuang sejauh-jauhnya. Ia mesti pula diganti secepatnya dengan golongan yang dicintai Allah taala, mereka pula mencintai Allah, mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman, bersikap tegas terhadap golongan yang engkar, tidak takut celaan orang yang mencela dan berwala’kan kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.
Suka saya membawa kisah kepada saudara pembaca akan kisah Hadith el Ifki. Kisah ini mengesahkan Saidatuna Aishah ra pernah dituduh melakukan kerja jahat (berzina). Pasti tuduhan ini lebih besar daripada tuduhan yang dilemparkan ke atas kawan kita ini. Sehinggakan Rasulullah saw tak tahu bagaimana mahu bertindak. Sampaikan para sahabat hampir berperang kerana isu ini (macam kita hampir berperang) kalaulah bukan Rasulullah saw yang mendamaikan mereka.
Rasulullah pula tidak lagi mempertahankan Aishah ra. (macam kawan kita ini tiada siapa yang mahu pertahankannya.. sungguh sebak hati ini bila mengenangkannya betapa semangat persaudaraan terutamanya di kalangan pimpinan PAS sangat lemah) Katanya saw, “kalau kamu suci kamu akan disucikan oleh Allah, kalau kamu bertaubat Allah akan menerima taubat kamu”. Aishah menangis sampai tiada lagi air matanya. Kata Aishah ra, “kalaulah aku mengaku berzina kamu semua pasti mempercayainya, kalau aku tidak mengaku -dan Allah Maha Mengetahui bahawa aku bersih daripada zina- pasti kamu tidak akan mempercayainya.
(kawan kita sampai menyembunyikan diri). Ia betul-betul seperti ia berlaku pada kawan kita ini. Walaupun berkali-kali menafikannya tiada orang mahu percayakannya. Kalau beliau mengakuinya berlari-larilah mereka mempercayainya pula. Menepati apa yang disabdakan Rasulullah saw di akhir zaman ini “orang-orang yang benar dikatakan bohong dan orang-orang yang bohong dikatakan benar”. Sehinggakan orang yang sepatutnya membelanya tidak lagi membelanya kerana api fitnah sudah yang ditiupkan oleh para munafik sudah berkembang dan membiak dalam diri.
Kerja meniupkan api fitnah ini pastinya dilakukan oleh para munafik yang diketuai oleh abdullah bin Ubai bin Salul. Mereka amat suka cerita fitnah ini tersebar dalam saf orang Islam. Ini sifat utama mereka. Sahabat pun mempercayainya juga??. Lebih sedih lagi Suaminya yang tercinta juga seakan-akan mempercayai berita jahat ini. Samalah juga kerja-kerja para munafik di zaman kini. Kerjanya hanyalah menyebarkan api fitnah untuk melemahkan saf muslimin. Mereka amat menyukai kerja ini. Mereka pasti mempunyai agenda-agenda tersembunyi. Bahkan mereka sebenarnya juga amat suka menyebarkan berita palsu bagi memperondak-perandakan saf muslimin.
Di zaman sekarang ini ia dimarakkan lagi oleh web-web dan blogger-blogger munafik. Mereka mendakwa merekalah orang-orang PAS tapi kerja mereka Tuhan sahajalah yang tahu betapa jahatnya kerja dan hati mereka. Hati-hati mereka penuh dengan hasad dengki dan sakit hati terhadap para pejuang Islam. Malangnya mereka yang bergelar pemimpin? turut menari menyemarakkan lagi api fitnah ini.
Oleh itu kita mesti sentiasa tidak mempercayai cerita-cerita mereka sehinggalah kita mendapati bukti-bukti yang sahih atau saksi-saksi yang adil.
Kepada kawan saya itu pada pandangan saya (wallaua’lam) dugaan ini adalah untuk menguatkan jiwa dan diri saudara secukupnya. Sehingga saudara mampu mengepalai obor Islam. Bersangka baiklah dengan Allah taala.
Dua perkara yang sangat tidak dihayati oleh para pendokong PAS daripada api fitnah ini ialah satunya mempercayai berita-berita orang yang fasik tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Keduanya sangat tidak thiqah dan wala’ sedangkan ianya adalah rukun dalam jamaah Islam.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang suka meyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Wassalam.
No comments:
Post a Comment