Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 9, 2009

24 tan sampah dibersihkan sepanjang Muktamar Pas


SHAH ALAM – Di sebalik kemeriahan Muktamar Pas yang berakhir kelmarin, jelas kelihatan lambakan sampah-sarap memenuhi ruang gerai jualan yang pasti menyakitkan setiap mata memandang.

Taburan kertas, plastik, polistirena, botol, tin aluminium, buku dan kotak antara jenis sampah yang kelihatan di sekitar kawasan Stadium Malawati Shah Alam selepas berakhirnya Muktamar Pas.

Tinjauan Sinar Harian pagi semalam, mendapati kira-kira 20 orang pekerja dengan pelbagai kelengkapan pembersihan seperti penyapu, tong sampah, dan beg plastik mengatur langkah ke hulu dan ke hilir memungut sampah bagi mengembalikan kebersihan kawasan stadium.

Sepanjang hampir dua jam di situ, dapat disaksikan gelagat pekerja-pekerja bertungkus- lumus menjalankan tanggungjawab mereka. Ada yang terbongkok-bongkok memungut sampah, tangan tanpa henti mengayun penyapu dan langkah laju diatur memunggah sampah ke lori.

Itulah yang dilakukan pekerja di bawah seliaan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora). Dimaklumkan sebanyak 92 kontraktor dilantik bagi dalam menyediakan 180 pekerja masing-masing seramai 60 pekerja bekerja mengikut syif sempena Muktamar Pas kali ini.

Menurut Ketua Operasi Alam Flora, Mohd Idris Mohd Yusof berkata, sebanyak 24 tan sampah terkumpul dan dipungut sepanjang berlangsungnya Muktamar Pas kali ini selama tiga hari itu.

“Pelbagai jenis dan bentuk sampah yang dikutip,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sejurus kembali daripada tinjauan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hampir RM13,000 dibelanjakan bagi membersihkan sampah termasuk bayaran upah pekerja.

“Bayaran ini merangkumi bayaran upah 180 pekerja, 12 penyelia dan peruntukan lapan tong besar,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails