Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 16, 2009

Jangan tolong 'anjing' tersepit!

Mari kita lihat 'sandiwara' mereka yang tersepit!

K'jaan perpaduan: PM percaya PAS ikhlas - Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara hari ini, lapor Bernama.

yang sorang lagi pulak..

Kerajaan Perpaduan hanya gimik - The Malaysian Insider

Padang Besar, Jun 16 — Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan ide kerajaan perpaduan yang ditimbulkan oleh kepemimpinan PAS sebagai `gimik politik’ bagi kepentingan kumpulan atau pihak tertentu.

Zahidi menyifatkan ide ini tidak akan menjadi kenyataan terutamanya membabitkan dua kumpulan politik Melayu terbesar negara ini iaitu Umno dan PAS.

“Saya cukup yakin kerajaan perpaduan ini yang membabitkan terutamanya Umno dan PAS tidak akan menjadi kenyataan kerana perbezaan pendekatan perjuangan yang cukup ketara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai ide kerajaan perpaduan yang cuba diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.







No comments:

Related Posts with Thumbnails