Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan perpaduan: PAS arah ahlinya, Pakatan tutup mulut


KUALA LUMPUR: PAS meminta pemimpin kesemua peringkat parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan isu kontroversi idea kerajaan perpaduan.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Saya merayu kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan bukan sahaja bekerja keras dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, saya juga menyeru agar mereka menghentikan segala kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh beri kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan," katanya pada sidang media berkaitan pilihan raya kecil DUN Manek Urai hari ini.

Jelas beliau, isu tersebut telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu terutamanya di kalangan pemimpin Pakatan dan akan menimbulkan persepsi negatif kepada penyokong-penyokong parti itu.

“Idea kerajaan perpaduan memang dilontarkan oleh Presiden PAS, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tapi ia sekadar satu teori dan konsep sahaja. Ia tidak ada dibincangkan dalam bentuk keputusan sehingga dimaklumkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas itu ada pertemuan empat mata antara Hadi, Datuk Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Anwar dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konsep kerajaan perpaduan.

"Bagaimanapun idea itu ditolak oleh Tuan Guru (Nik Aziz)... Mungkin di sini ada timbul kekeliruan di pihak DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam yang mendakwa DAP tidak mengetahui mengenai idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meminta pimpinan tertinggi PAS menerangkan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada mereka dalam mesyuarat Pakatan yang akan datang.

“Saya rasa semua perkara ini berbagkit daripada salah faham tapi kalau diterangkan secara jelas mungkin ia (isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit,” katanya.

Tegasnya, isu kerajaan bukan satu isu yang berbangkit kerana Pakatan mempunyai perkara yang lebih penting untuk diberikan perhatian terutamanya pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

“Pada saya tak perlu bincang soal kerajaan perpaduan kerana tujuan kita nak benam Umno dan lawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang akan datang... dalam muktamar baru-baru ini pun isu kerajaan perpaduan bukan agenda utama,” katanya.

Namun demikian, beliau menegaskan pandangannya itu bersifat peribadi dan apa jua keputusan yang diputuskan oleh parti mengenai pendirian isu tersebut akan dipatuhi.

“Saya setuju kalau PAS nak buat kerjasama dengan sesiapa kerana adalah salah untuk tutup pintu perbincangan kerana berbincang bukannya kita nak masuk Umno atau BN,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan jentera PAS menjelang pilihan raya DUN Manek Urai, Mustafa berkata, jentera pilihan raya parti itu telah bersiap dan mereka akan menggunapakai format jentera yang digunakan ketika menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.

“Jentera Pilihan Raya PAS (JPP) terbahagi kepada dua peringkat iaitu Jentera Induk Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Jentera Operasi di peringkat negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Fatah Harun.

“JPP akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini kerana Jentera Pilihan Raya PAS peringkat negeri Kelantan akan mengadakan tinjauan di sembilan peti undi dengan dibantu oleh jentera pilihan raya negeri-negeri lain,” katanya.

Tegasnya, PAS menganggap pilihan raya kecil DUN Manek Urai sebagai sesuatu yang serius, bukan satu perkara main-main kerana parti itu akan berhadapan dengan saingan daripada Umno dan BN.

“Oleh kerana mereka (BN) akan bertanding maka tugas saya hari ini untuk benamkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya DUN Manek Urai,” katanya.


PASZBB

Jadi? Semuanya jelas kan? Alhamdulillah!! Jom Dakwah!! Lupakan isu-isu mengarut ini! Jom benam UMNO dan hancurkan Barisan Nasional!!

1 comment:

Encik Kari Pintar said...

arahan telah dikeluarkan... wala'lah dan hancurkanlah taghut...

Related Posts with Thumbnails