Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, June 18, 2009

Inilah Sebenarnya Perpaduan...

Mustafa Ali Sudah Menjernihkan Keadaan, Kini Yang Tinggal Hanya Dendam Kesumat
oleh - ramziredang

"Tahniah dan syukur dengan kenyataan Mustafa Ali. "Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN," katanya. Di harap ahli PAS faham betul betul dengan statement tersebut. Bolehlah dirumuskan kenyataan tersebut adalah kenyataan yang mendamaikan dua pihak, pihak yang menyokong TGHH dan TGNA.

Jika anda masih belum dapat memahami kenyataan tersebut atau merasa buruk sangka dengan kenyataan tersebut, ternyata sekarang andalah yang bermasalah.

Jika anda masih belum berpuas hati dan masih ingin memanjang isu ini, ternyata andalah anasir yang anda sendiri sebut selama ini.

Marilah kita berlapang dada, kepada yang menyokong TGNA, anggaplah kenyataan itu tanda rasa bersalah dan tanda memohon maaf orang yang menyokong UG. Kepada yang menyokong TGHH, anggaplah ini satu kenyataan merendah diri atas kesilapan berkata kata.

Malah sebenarnya, untuk menulis, tidak sepatutnya saya menyebut puak TGHH dan puak TGNA. Kerana kita adalah di bawah payung yang sama. Kita berlambangkan sama. Kita menuju ke arah yang sama. Tetapi mungkin masa telah mengalpakan kita. Sejenak kita terlupa untuk mengasihi saudara kita yang selama ini kita kasihi.

Marilah kita berlapang dada, kerana musuh kita bukannya saudara kita, pun musuh kita yang paling besar bukanlah jugak musuh zahir yang berada di depan mata kita, tetapi musuh kita adalah rasa dendam yang bersarang di lubuk hati kita.

Ini bukannya masa untuk kita mendabik dada siapa yang benar siapa yang salah, tetapi ini adalah masa kita menjadikan diri kita mulia kerana sifat pemaaf kita. Kasihilah sesiapa sahaja saudara kita yang sedikit khilaf. Kerana dengan takdir Allah segalanya pun akan boleh tertimpa kembali ke atas kepala kita jika kita alpa bahawa semuanya adalah atas kehendak khudrat dan iradat ALLAH jua.

Janganlah kita cuba bertegang lagi. Kendurkanlah. Bagilah masa kepada sesiapa sahaja. Cubalah saudara berkata kepada diri saudara sendiri, rupa rupanya aku telah terlalai dan alpa, nescaya apa yang kita nampak adalah kemuliaan di kemudian hari. Usahlah lagi diungkit siapa yang betul siapa yang bersalah, kerana itu semua hanya menguntungkan musuh musuh kita.

Sebenarnya kita semualah yang bersalah kerana bila kita diuji, kita lupa bahawa yang menguji adalah yang empunya segala kerajaan langit dan bumi. Maka bila kita lupa kita sedang diuji, jadilah kita mendabik dada.

Marilah kita membuktikan kepada musuh musuh kita dan musuh musuh Allah bahawa strategi mereka untuk memecah belah ikatan ukhuwah yang terjalin sekian lama tidak berjaya. Malah mereka sendirilah yang akan berpecah belah.

sunsnake

Setuju sangat dengan artikel ini! Dan inilah sebenarnya jalan yang WAJIB kita pilih! Jangan tertipu lagi dengan permainan media.. Dan juga bloggers yang tak rajin mai Usrah.. Yang bersandarkan serita-cerita di media UMNO!

Dulu lagi teman dah kabo.. teman heran betul apabila ada ahli-ahli dan bloggers yang dok sibuk pukul canang isu-isu yang menjadi tajuk berita di media UMNO! Last-last pimpinan PAS pun terikut sama.. hasilnya??? sendiri dah tengokkk!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails