Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, June 24, 2009

Orang lain dah naik ke bulan....


Lembab betul pikiran orang UMNO nih!! ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia nih! belum tanya pendapat ketua UMNO cawangan Kampung Balun lagi!!

Orang lain dah bangkang benda 'bodoh' ni dari dulu.. kamu baru sedar?? pemimpin jenis apa ini??
Kalau inilah pemimpin orang melayu menuntut kemerdekaan dulu.. tobat lahom memang tak merdeka lagi la Malaysia nih!!!

Ini la akibatnya apabila berpolitik melebihi kepentingan rakyat! Tau benda tu salah tapi tetap pertahan sebab tak mahu kalah dengan pembangkang.. tahu apa yang diisukan oleh pembangkang betul tapi tak nak akui sebab ego bangang yang melampau!!

Rakyat Malaysia siap buat demo besar-besaran di KL pun masih bodoh bangang buat tak tau..
akhirnya.. setelah kesilapan dilakukan dan terus membarah! baru la nak akui..
kepada rakyat Malaysia.. kita sedang menyaksikan satu lagi bukti 'kebodohan' dan 'keangkuhan' UMNO...
Barangkali ini sebenarnya statement untuk menghentam Mahathir mewakili Pak Lah yang kini telah hilang dalam peta politik Malaysia.. mungkin?

Khairy: Jangan jadikan pelajar bahan ujian PPSMI - Malaysiakini

Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.

"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.

khairy jamaluddin interview 230209 12Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,
yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PPSMI rugikan murid


"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

No comments:

Related Posts with Thumbnails