Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 16, 2009

Lokap Polis berhantu?? Ada Nek Nak kot?







Salam,
teman heran betul la semenjak-dua menjak ni.. Makin melarat pulak kes orang mati dalam tahanan polis yakni didalam lokap polis!
Dan yang menjadi bertambah muyskil tuh! bila kaum yang maintain ditemui mati dalam lokap ni kaum India!!
Ada apa-apa ke dengan 'lokap' Polis ni?? ada perkauman jugak ke besi-besi dalam tuh??

Teman mohon kepada pihak Polis Malaysia agar betul-betul buat penjelasan. Jangan bertangguh dan berdalih macam isu Mendiang Kugan tempoh hari.. Hingga kini tak tau cerita??

BIar berlainan bangsa namun kita tetap Rakyat Malaysia.. 1 Malaysia kan?



Lagi Misteri Kematian Suspek Polis - Malaysiakini

Kematian A Gnanapragasam dalam lokap polis menimbulkan tanda tanya apabila wujud dakwaan bahawa suspek kes pecah rumah itu pernah dipukul dan mengalami kesan lebam di mata kanannya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata isterinya pernah melawat lelaki 52 tahun Jumaat lalu, dua hari sebelum beliau ditemui mati.

"Dalam lawatan isterinya, Gnanapragasam memberitahu bahawa beliau pernah mengadu kepada majistret yang mendengar remannya beliau dibelasah dalam tahanan polis," kata Elizabeth, yang juga ADUN Bukit Lanjan.

"Tambahan lagi, isterinya memberitahu saya bahawa suaminya mengalami kesan lebam di mata kanan sewaktu lawatan tersebut."

Gnanapragasam yang tinggal di Damansara Damai - bawah DUN Bukit Lanjan - dilaporkan meninggal dunia balai polis tidak jauh dari rumahnya kira-kira jam 8 pagi semalam.

Dalam satu kenyataannya, Elizabeth berkata isterinya dimaklumkan Gnanapragasam bakal dibebaskan hari ini tanpa sebarang pertuduhan.

"Oleh itu, adalah mengejutkan sehari sebelum beliau dijadual dibebaskan, beliau ditemui mati di dalam lokap," katanya.

Pemimpin Wanita PKR itu menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Dalam Tahanan Polis susulan kematian sejumlah suspek yang kini menjadi isu nasional.

Bernama melaporkan, polis bagaimanapun percaya kematian Gnanapragasam mempunyai hubungkait dengan dadah memandangkan suspek merupakan seorang penagih dadah tegar, kata timbalan ketua polis negara.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh," Tan Sri Ismail Omar dipetik berkata hari ini.

Mayat Gnanapragasam kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tambahnya, polis tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat daripada pengetahuan masyarakat umum berhubung punca kematian mengejut lelaki tersebut.

"Sebelum ini pun apabila ada kematian berlaku dalam lokap, kita akan
menjemput doktor dan majistret untuk melihat dan memeriksa keadaan mayat di lokap sebelum mayat dikeluarkan," katanya seperti dilaporkan selepas merasmikan Bengkel Hak Asasi Untuk Pelatih Polis Asean hari ini.

Gnanapragasam yang ditahan Rabu lepas ditemui mati dalam
keadaan terbaring di tandas sel oleh seorang pengawal lokap yang sedang membuat rondaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails