Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Sunday, June 7, 2009

Anjing minta tolong lepaskan dari tersepit!

Mulakan muzakarah UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional.

Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional.

''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara.

''Inilah masa yang sesuai untuk memulakan muzakarah,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti.

Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Islam.

Muzakarah UMNO - Pas diharap dapat diteruskan - Khairy

KUALA TERENGGANU 7 Jun — Pergerakan Pemuda UMNO berharap muzakarah di antara UMNO dan Pas akan dapat diteruskan berikutan kejayaan Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa mengekalkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam pemilihan parti itu semalam.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pemuda UMNO bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan PAS kerana sejak selepas pilihan raya umum lepas soal muzakarah atau perbincangan di antara kedua-dua parti itu sudah mula dibincangkan.

“Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin agenda muzakarah ini dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Progran Dana Bakti Remaja Terengganu 2009, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Sunsnake

Cukup-cukup la tu budak hingus oi! Dulu masa ko hina Tok Guru Nik Aziz, ko tuduh beliau ambil rasuah! ko tuduh Tok Guru bermuka-muka takde pulak idea muzakarah ini? Memang dasar keturunan Melayu perosak bangsa! Dan kami tidak akan terpengaruh dengan dakyah dan pelawaan bangsat kamu itu! Sesekali pelawaan kamu ini seperti pelawaan Iblis kepada Hawa agar memakan buah khuldi pulak! dan pastinya kamu yang menjadi iblis itu!

Masa ko buat fitnah terhadap hari kiamat ni takde pulak ko nak ajak muzakarah? bangsat punya melayu!!!


No comments:

Related Posts with Thumbnails