Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Sunday, June 7, 2009

PAS WAJIB semarakkan kembali aktiviti USRAH!


Semarakkan semula usrah - Ust Idris

SHAH ALAM, 7 Jun - Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat memberi respon kepada 3 perwakilan yang mengemukakan soal tarbiyah. Menurut beliau, ILHAM telah melaksanakan program-program yang memfokuskan kepada pimpinan PAS sahaja tetapi tidak terbuka kepada orang ramai.


Manakala kursus yang dianjurkan oleh ILHAM menawarkan 14 subjek bagi setiap semester. Kursus tersebut ditumpukan kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan Islam secara formal.


Menyentuh tentang perjalanan usrah pula, beliau menyeru kepada semua ahli terutamanya di peringkat cawangan agar menyemarakkan semula usrah. Terdapat kawasan yang mempunyai banyak cawangan tetapi hanya 2 cawangan yang aktif melaksanakan usrah.


Antara masalah yang dinyatakan oleh ahli ialah ketiadaan naqib. Oleh itu, Ust Idris mencadangkan agar program diisi dengan bacaan yaAsin, bertanya khabar bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan menjaga kebajikan ahli.


Beliau memberi contoh usrah yang dilaksanakan di Kampung Delik, yang sudah lama berjalan dengan baik sehingga berjaya mewujudkan suasana ukhuwah dan ekonomi yang begitu membanggakan.


Akhir sekali, beliau meminta agar setiap perwakilan pulang dan menggerakkan semula usrah di cawangan-cawangan kerana inilah sumber kekuatan PAS yang sebenar.

sunsnake
Inilah dia kelebihan Ustaz Idris, seorang pejuang parti Islam Se-Malaysia yang tulen! Jelas keikhlasan beliau dimana didalam suasana kebanyakan pimpinan bercakap mengenai isu-isu remeh seperti muzakarah dan sebagainya, beliau bercakap mengenai tunjang kekuatan parti iaitu Usrah!

No comments:

Related Posts with Thumbnails