Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 16, 2009

UMNO nak 'Pulih Semangat'???


Salam,

Biasanya sesi ‘pulih semangat’ ni akan dibuat apabila seseorang itu baru sahaja mengalami apa-apa kejadian yang melemahkan semangatnya seperti kemalangan, dirompak, dirogol atau apa sahaja lah yang menyebabkan seseorang itu lemah dari segi fizikal terutamanya dari segi mental.

Masa kecik2 dulu teman ada gak tengok ‘bomoh kampung’ dok buat aktiviti serupa ini.. yang teman nampak.. dia guna ayam kampung.. bertih.. beras diwarnakan.. ntah apa-apa lagi laa.. sepatutnya manusia kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kalau nak pulihkan semangat..

Kesimpulannya, aktiviti ini dibuat selepas mengalami peristiwa malang.. so? Apakah peristiwa malang mereka???


sunsnake


Mesyuarat Agung Pulih Semangat-The Malaysian Insider


Kuala Lumpur, Jun 16 — Lebih daripada 50 peratus cawangan-cawangan Umno seluruh negara sudahpun selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing yang bermula pada 15 Mei lalu dan dijangka tamat secara keseluruhannya dalam penghujung bulan ini.

Ibu Pejabat Umno Malaysia telah mengarahkan kira-kira 20,000 cawangan Umno di seluruh negara mengadakan mesyuarat agung masing-masing sehingga 30 Jun depan sementara mesyuarat bahagian antara 16 Julai- 16 Ogos dan Perhimpunan Agung Umno pula 13-16 Oktober depan.

Sementara itu, beberapa cawangan Umno yang selesai mengadakan mesyuarat lebih memberi tumpuan dan usul kepada masalah dalaman parti dan setempat bagi memulihkan semula semangat ahli berikutan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Mereka akui hakikat bahawa memulihkan semangat ahli dan penyokong di peringkat akar umbi menjadi keutamaan berikutan pelbagai tekanan yang dihadapi terutamanya selepas peristiwa pilihan raya umum tersebut.


No comments:

Related Posts with Thumbnails