Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Friday, June 12, 2009

Kenduri versa miskin vs kaya vs ternama vs glamor !

Seronok untuk jadi kaya. Sebut apa saja, terbentang depan mata.


Alhamdulillah. Allah jua menyuruh untuk kaya. Agar orang miskin hidup terbela. Zakat kena keluarlah selain dari infaq sedekah segala. Pagi ini wak nak cerita hal kenduri-kendara versa-versa. Jika telah kaya, pasti kendurinya tidak seperti kenduri org miskin. Kau dah giler ? nak buat kenduri tepi pokok kelapa sawit ! sambil badan birat ditenyeh oleh nyamuk dan agas. Itu tempat org miskin. Tetapi jika sudah kaya, jangan pula membazir-bazir, bersederhana itu dituntut. Biarlah kendara yg dibuat berbaloi dgn segala barakahnya.



Nantilah kalau wak dah kaya, wak pun akan buat kendara ditempat macam ini. Wak kan kaya ! Tak main ler nak buat majlis tepi parit buang atau longkang berbau najis. Ceh! jatuhla imej wak..wak kan ketika itu dah kaya. Untuk gantikan parit buang atau longkang, wak akan cari tempat yg tetap ada air juga, tentu kolam renang ala-ala macam kat bawah ini jadi pilihan wak. Sekiranya anda miskin dan papa, sila jauhkan dari hadir ke majlis wak yang glamour ini..tak tahulah kalau hangpa yang miskin dan papa semua, tahan menahan ekor mata tetamu wak yg glamor2 dan lip lap..lip lap sambil merenung tajam kearah hangpa semua. Wak sekadar nasihat saja.

Dah jadi rutin kendara wak, sebelum mula majlis wak akan buat majlis suai kenal dulu ala-ala selebriti kunun2 amboi..amboi..amboi, apalagi sesi fotografi la..buat tatapan anak cucu wak nanti bila wak dah tiada. Sekurang2nya anak cucu wak akan yakin bahawa wak memang kaya, biarlah anak cucu akan bangga bila lihat majlis 'atok' yang vogue ni. Kalau hang miskin, jangan mimpi hangpa boleh lawan majlis wak ni ! Hangpa ingat artis saja ka sebelum majlis, posing-posing..wak pun boleh arrange apa ? Tengoklah macamana punya vogue majlis wak !



Wak akan pastikan tetamu wak akan hadir dengan pakaian yg sopan2 tapi tetap vogue dan glem. Bila berposing tak la nampak macam aksi cik bedah saudagar kangkung kat kampung wak tu ! Kalau boleh biarlah setarah artis2 macam kat bawah ni.. kita posing dulu ! 3..2..1 Action !!

Wak dah kata, kalau artis lagi dasat depa mai kendara, siap tunjuk peha mulus2, betis yg gebu2 buat tatapan tok imam baca doa nanti. Mau tersasul bacaan tok imam. Tapi wak tak kan benarkan tetamu wak pakai mcm tu, kita ada hundang-hundang..!

Sudah adat datang kendara, mesti ada baca-baca doa, tok imam surau akan menjadi tukang baca. Kalau wak jadi tok imam, wak harap sangat tak payah la hang tutup peha hang tu dengan bantal, dedah ajer ler..tok imam pun nak juga tengok. Jangan la kedekut sangat.

Wak juga akan pastikan majlis wak itu akan diserikan dengan majlis tari menari. Wak kan dah kaya. Jika dulu wak hanya tengok kat filem2 P. Ramlee saja..tak sangka pulak, wak dapat buat lebih dari si Romlie tu..tok imam surau pun dah balik, wak jemput dia untuk baca doa saja. Wak tak rasa tok imam bisa 'goyang gerudi'..wak tak yakin dia boleh buat macam tu. So elok la..tok imam disingkatkan kegunaannya di majlis wak. Ini kan majlis wak yang bertaraf antarabangsa !

Tapi apakan daya, sebenarnya wak hanya berangan2 di meja makan dirumah orang kahwin kelmarin. Wak ingatkan betul la wak dah jadi kaya. Mungkin Tuhan tak mahu wak jadi macam yg wak ceritakan itu, maka dia pospone wak jadi kaya. Cukuplah wak duduk dengan makcik Bedah, sambil suap nasi kendara berlaukkan daging frozen masak merah dan dalca ayam. Wak jeling2 jugak kut ada yg datang promote peha dan betis...rupanya tak dak ! Yang ramai, bawak mulut saja..dengan jari sendiri utk kegunaan nak tolak nasi ke dalam mulut...wak melopong lagi ! hangpa faham ker apa yang wak sindirkan ni ??

Oleh -al-Banjari Online

No comments:

Related Posts with Thumbnails