Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, June 30, 2009

Pelabur kurang minat-Mukhriz.... ye ke?

ARAU 29 Jun - Pergolakan politik dalam negara sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menjadi antara faktor utama pelabur kurang berminat melabur di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, walaupun terdapat beberapa faktor lain, tetapi tidak dapat dinafikan 'iklim' politik mempengaruhi pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.

''Saya ada bertanya beberapa pelabur asing dan antara mereka menyatakan apa yang berlaku di sini (pergolakan politik) bukan perkara yang mencemaskan kerana pergolakan politik di beberapa negara lain lebih teruk.

''Mungkin kita di negara ini yang rasa kurang selesa, tetapi diharap masalah pergolakan politik negara dapat diselesaikan kerana kita melihat apa yang menarik minat pelabur ke negara ini satu masa dulu disebabkan asas kestabilan politik yang baik," katanya.. oppppsss!!! ye ke??

abis yang ini??

Indeks Persepsi Rasuah Malaysia membimbangkan -Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.

‘‘Indeks Persepsi Rasuah Malaysia adalah pada tahap agak membimbangkan walaupun jumlahnya tidak begitu rendah,’’ katanya ketika membentangkan laporan indeks berkenaan pada Forum Terbuka Indeks Integriti, Akauntabiliti dan Penandaarasan di IIM di sini hari ini.

Indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah.

atau yang ini???

PM: Indeks jenayah membimbangkan - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui indeks jenayah adalah tinggi dan membimbang dan sekaligus mengarahkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah segera untuk menanganinya.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, beliau tidak senang hati dengan indek jenayah yang semakin tinggi terutama di beberapa tempat tertentu.

"Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengalami peningkatan jenayah pada tahap membimbangkan," katanya.

Perdana menteri menegaskan beliau memandang berat perkara itu kerana peningkatan mendadak kadar jenayah di Malaysia boleh menakutkan para pelabur untuk datang melabur ke negara ini.

sunsnake

Sudah-sudahlah tu Menteri oiii!! tak abis-abis nak perbodohkan rakyat!! dari bapak sampai ke anak!! tak sudah-sudah!! sedaq la skit oi menteri.. la ni orang kampung pun dah ada line streamyx..silap-silap dah ada broadband!!! insaf-insaf la ingat mati kot ye pun tak takut dosa!

No comments:

Related Posts with Thumbnails