Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 23, 2009

Khairi Jamalludin.. Kembali ke Kelantan?

Salam..

Brother ni memang tak serik-serik! Jika di negeri lain mungkin kata-katanya laku.. mungkin ada yang percaya sungguh-sungguh! tapi di Kelantan??
Tak serik langsung dengan penghinaan rakyat Kelantan ke atas dirinya yang mengeluarkan fakta bodoh di kempen PRU-12 lalu... hujah-hujah Islam darinya usahkan Tok Guru MB Kelantan.. budak baru 2 bulan masuk sekolah pondok pun boleh tepis sebelah tangan!! jom kita tengok berita ni..


Khairy ketuai Program "Pemuda Masuk Kampung" di Manik Urai - Bernama

23/06/2009 10:36am

KUALA KRAI 23 Jun — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi.

Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.

jom kita flasback balik!

Sudah-sudahlah menantu Pak Lah oiii.. Kamu bertuankan manusia.. kami bertuankan Allah SWT yang menciptakan kamu dan kami dan segala-galanya!! Kami yakin dengan ketentuan Allah dalam segenap segi sedangkan kamu berhujah menggunakan logik akal semata-mata!!

InsyaAllah.. kami berdoa agar kamu diberikan hidayah daripada Raja segala raja yakni Allah SWT untuk kembali ke jalan yang benar.. Amin!

Sunsnake

No comments:

Related Posts with Thumbnails