
Jauhi fitnah yang amat merbahaya kepada keamanan jemaah dan seluruh manusia! Itulah antara isi ceramah Perdana di Ustaz Nasarudin Hasan At-Tantawi di Surau Al-Falah,apartment Anggerik disini malam tadi.
Beliau memetik Ayat Al-Quran dari Surah Hujarat yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Ayat ini turun setelah peristiwa fitnah terhadap isteri Nabi iaitu Sayiditina Aisyah r.a. Didalam peristiwa itu, kesannya adalah Syidina Abu Bakar iaitu bapa Aisyah sendiri tidak keluar rumah, Rasulullah SAW sendiri tidak bertegur dengan isterinya itu selama 40 hari. Begitulah hebatnya kesan dan bahana fitnah didalam kehidupan manusia.

Permainan media juga amat merbahaya terutama apabila ada media pengampu yang gagal menceritakan perkara sebenar. Perkara yang kecil boleh menjadi besar begitulah sebaliknya.
Didalam perjuangan Islam, ini adalah salah satu cabaran yang sedang dihadapi. Pejuang-pejuang Islam WAJIB menjauhi amalan ini dan berani untuk berkata benar walaupun pahit. Ustaz juga menceritakan beberapa kisah Salafussoleh seperti kisah Imam Ghazali,Imam Ahmad bin Hambal dan beberapa kisah lagi untuk menunjukkan betapa kebenaran itu WAJIB diamalkan oleh manusia.

Wallahua'lam
PASZBB
No comments:
Post a Comment