Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Friday, June 26, 2009

Perlunya Me'rekrut' Ahli baru....

Assalammualaikum,


Ana berpandangan dalam usaha PAS untuk memartabatkan perjuangan menegakkan Islam, kewujudan pengaliran kemasukan ahli baru kedalam PAS amat penting. Ahli-ahli baru yang berumur di dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun adalah lebih baik dan berkelebihan didalam menggerakkan jentera parti.

Di sesetengah kawasan, ahli-ahli yang aktif agak kurang. Kadangkala, jumlah pengurangan melebihi jumlah penambahan! Ini menyebabkan tekanan tugasan yang agak kritikal kepada golongan ahli-ahli aktif yang tinggal. Sememangnya semangat untuk memperjuangkan Islam dan kepatuhan (wala’) kepada pemimpin itu menjadi sandaran utama dalam setiap gerak kerja namun faktor tekanan tugasan dan ekonomi sebenarnya adalah antara yang menyebabkan golongan ahli-ahli aktif ini semakin berkurangan!


Pada ana, isu ini amat wajar diselami dan diperbincangkan serta disusuli dengan tindakan yang segera dan tepat.

Jangan sampai sehingga isu ini menjadi kritikal baru hendak diusahakan. Seriusnya isu ini bolehlah dterjemahkan dalam situasi berikut..

Contohnya dalam sesuatu kawasan yang mempunyai 1500 orang ahli. Jumlah ahli yang aktif mungkin hanya dalam 300 orang…

Jumlah aktif sebagai pendokong mungkin dalam 100 orang sahaja? Itu kalau dalam kawasan. Bagaimana jika kita kecilkan lagi skop? Contohnya di peringkat zon atau cawangan? Ini akan menyebabkan sebilangan kecil ahli-ahli aktif yang bertindak secara perlahan.. meninggalkan gerak kerja parti.

Itu belum dikira ahli-ahli aktif yang terpaksa mengundurkan diri atas masalah kewangan, kesihatan dan sebagainya.


Seperti contoh untuk Unit Amal, kita perlu me’rekrut’ ahli-ahli baru yang berada di usia tadi untuk menjadi ahli Unit Amal. Ini amat penting dalam meastikan kelancaran setiap aktiviti disamping menjamin kesinambungan wadah perjuangan Islam ini. Bagaimana mungkin kita hendak meyakini kesinambungan tersebut jika ahli-ahli Unit Amal di sesuatu kawasan majoritinya berumur 40 tahun ke atas?? Tambahan lagi apabila yang terpaksa bertugas sebagai Unit Amal itu adalah terdiri daripada pimpinan utama Pemuda dan Kawasan! Ini adalah sesuatu yang perlu diubah!


Sememangnya diakui, kita bergerak diatas Islam, perjuangan Islam, jemaah Islam.. namun jangan sangka kita tidak diganggu oleh syaitan iblis dan manusia bertopengkan syaitan! Dalam era ekonomi yang semakin meruncing ini, jangan dipandang ringan permasalahan kewangan dalam kehidupan.

Alhamdulillah.. dari dahulu hingga kini, jemaah PAS diajar dan dipasak dengan ilmu dan pengetahuan Islam yang menekankan pentingnya keikhlasan dalam perjuangan. Ini sedikit sebanyak menidakkan kekurangan kewangan sebagai halangan didalam perjuangan. Inilah kesan tarbiyah yang diperintiskan oleh ulama’-ulama’ terdahulu didalam perjuangan ini. Dengan izin Allah SWT, ianya berlangsung dengan baik sehingga sekarang!


Akhirnya, sekadar ingin berkongsi pandangan dalam memartabatkan Islam di Malaysia.. dalam usaha menentang kezaliman dan kemunafikan Melayu Islam yang kini semakin jauh menyimpang dari jalan yang benar. Jika ada yang tersalah harap diampun.. Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya kerana kita sendiri PASTI akan dikembalikan kepada-Nya. Wallahua’lam


“Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah”


sunsnake


No comments:

Related Posts with Thumbnails