Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan perpaduan tidak penting: Dr Khir


SHAH ALAM – Pembentukan kerajaan perpaduan tidak lagi penting, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada kesepakatan pimpinan UMNO serta Pas bagi menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menerusi laman webnya menyifatkan semua negeri telah pun membentuk kerajaan, justeru pembentukan kerajaan perpaduan tidak lagi dilihat sebagai perkara yang penting.

“Apa yang lebih penting ialah kesepakatan dan kesepaduan pimpinan UMNO dan Pas untuk menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di negara ini yang tampaknya kian terumbang-ambing.

“Misalnya, pernahkah terfikir kepada kita ada pemimpin Pas sanggup berucap di dalam gereja dan menyokong usaha pihak tertentu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan dalam Bible bahasa Melayu? Pas sungguhpun melaungkan perjuangan Islam sebagai perjuangan tunggalnya, mereka tetap tidak dapat menolak hakikat bahawa 90 peratus daripada “pemegang saham” parti tersebut merupakan orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Dr Khir berkata, sama ada mahu atau tidak, Pas perlu juga memikirkan kepentingan orang Melayu.

“Mungkin kerana itu juga ada usul dari Dewan Pemuda Pas sendiri menggesa agar dipertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera terutamanya membabitkan kuota 30 peratus dalam ekonomi negara.

“Saya tidak boleh memberi pandangan mewakili kepimpinan UMNO. Namun sebagai seorang Muslim dan Melayu, saya lebih mengharapkan Pas akan menjadi sebuah parti yang mempertahankan prinsip dan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera melebihi kuasa serta pengaruh.

“Hanya dengan ini, jika UMNO lemah, orang Melayu mempunyai Pas untuk diharapkan. Jika Pas lemah, orang Melayu mempunyai UMNO untuk diharapkan. Bukan seperti sekarang ini, orang Melayu seolah-olah tiada lagi tempat berteduh. UMNO kuat tetapi nampak lemah, Pas lemah tetapi nampak kuat,” katanya.

sunsnake
Hmm.. inilah dia ayat-ayat manusia yang telah 'kehilangan' kuasa, harimau yang telah 'kehilangan' taring.. namun harus kita berhati-hati kerana tidak mustahil dia akan kembali berkuasa sekiranya kita terus lalai dan terleka dengan 'kemenangan'..

No comments:

Related Posts with Thumbnails