Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, June 23, 2009

Virus politik H1N1 akhirnya dimusnahkan!!




























2 keping gambar ini cukup untuk memusnahkan virus politik H1N1 (Hishamuddin1 Najib1) yang cuba menggoncangkan PAS baru-baru ini.. aduhaii!! Lemahnya anggota badan.. luluhnya hati.. hancurnya jiwa 'think tank' UMNO melihat gambar-gambar ini...

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.


"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.


"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.


"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."


Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh.

"Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah"!!!
Takbir!! Allah Maha Besar!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails