Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, June 18, 2009

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu

Salam 2 all.

Saya terkejut membaca lapuran mukadepan beberapa akhbar yang menunjukkan kecederaan teruk yang dialami seorang warga Indonesia setelah disiksa dan didera oleh majikan beliau selama tiga tahun.

Siti Hajar (33) mengalami kecedaraan serius akibat disimbah dengan air panas. Beliau juga mendakwa sering disiksa dan didera dengan pelbagai cara oleh majikannya. Malahan beliau hanya diberi makan nasi dengan berlauk daging babi sebagai bentuk siksaan. Gaji beliau sebanyak RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar.

Saya khuatir dengan perkembangan saperti ini. Sebelum ini kita mendengar lapuran bagaimana seorang lagi wanita Indonesia bernama Bonat disiksa begitu kejam oleh majikannya.

Apa yang dikhuatirkan adalah kerana kes ini melibatkan majikan yang terdiri dari bukan Melayu. Seorang rakan dari Indonesia bertanya kepada saya apakah ini satu permasalahan psikologi yang dihadapi oleh bukan Melayu yang melepaskan geram terhadap bangsa Melayu yang beragama Islam dengan menyiksa pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam ini.

Saya meyakinkan beliau bahawa saya tidak percaya ianya suatu permasalahan melibatkan kaum atau agama, dan mungkin ianya suatu kebetulan bahawa pembantu yang terlibat berbangsa Melayu beragama Islam dengan majikan bukan Melayu/Islam.

Walau apa pun, suatu kajian dan pelan tindakan menyeluruh dan serius perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam daripada bekerja dirumah majikan bukan Melayu/Islam.

Kita sudah melihat banyak keadaan dimana warga Indonesia berbangsa Melayu beragama Islam ini dipaksa memakai pakaian yang jelas tidak menutup aurat. Adalah suatu yang norma untuk melihat mereka berpakaian seluar oendek (atau seluar katok kata orang Melayu). Ada antara mereka mengadu tidak dapat mengerjakan solat, terpaksa berhadapan dengan masalah anjing, babi dan arak dan macam-macam lagi. Saya tidak menafikan ada majikan bukan Melayu/ Islam yang baik, namun risiko warga Indonesia berbangsa melayu/ beragama Islam terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut Islam adalah terlalu tinggi.

Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula dasar ini. Adalkah lebih afdhal bagi majikan bukan Melayu/Islam ini mengambil pembantu rumah dari kalangan bukan Melayu/Islam saperti daripada Filipina, Cina atau Thailand.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1430
09 Jun 2009

Sunsnake

YB Zul.. ana sokong!!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails