Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Wednesday, June 24, 2009

UMNO kesal media gagal terangkan istilah ulama' dalam PAS

KUALA LUMPUR, Jun 24 — Para pemimpin Umno kesal dengan kegagalan media milik Barisan Nasional (BN) sendiri yang gagal terangkan istilah ulama dalam PAS dengan jelas.

Sehubungan itu, mereka meminta media supaya memberi kefahaman yang jelas kepada umum perbezaan ulama dalam PAS dengan ulama di zaman Rasullulah SAW.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta media terutamanya media yang dikuasai oleh Barisan Nasional supaya dapat membezakan antara kepemimpinan Ulama di dalam PAS dengan ulama di zaman para Nabi dahulu.

“Peranan dan ketokohan Rasullulah SAW dahulu adalah perjuangan yang cukup luas sehingga melewati sempadan Agama, politik, ekonomi dan sosial serta kehidupan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai ide kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan telah ditolak oleh gabungan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Dia berkata, sedangkan apa yang diperjuangkan oleh PAS hanya dilihat dari sudut kepentingan politik semata-mata dan terhad kepada sokongan lain-lain parti yang bekerjasama dengannya.

sunsnake

agak-agak apa takrifan ulama' pada UMNO?? Ustaz?? confirmed!! tapi mesti Ustaz yang bersedia memejamkan mata apabila terlihat/melihat pimpinan UMNO menyapu bersih khazanah negara. Ustaz tu mesti mampu mengeluarkan kenyataan yang meng'halal'kan rasuah Haram yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terutama 'jerung-jerung' yang dok atas pentas di setiap kali ada perhimpunan di PWTC!

Wahai UMNO.. untuk pengetahuan kamu, ulama' PAS yang kamu takrifkan itu adalah golongan Ustaz yang HANYA TAKUT KEPADA ALLAH SWT! bukan takut sikit-sikit pada Allah tapi TAKUT BANYAK kepada pimpinan tertinggi UMNO!

Bukan ulama' yang nak mengharamkan arak pun takut! yang nak mengharamkan judi nombor ekor pun takut! nak haramkan sure heboh pun takut!!

Kamu yang salah jalan.. bila ditegur, kamu katakan yang Ustaz yang tegur pulak salah!! Kamu carilah Ustaz yang bercirikan seperti yang teman kabo diatas..yang mampu menipu Allah SWT!

Na'uzubillah... Mohon dijauhkan daripada sifat-sifat keji itu!

No comments:

Related Posts with Thumbnails