Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, June 19, 2009

BN masuk sekolah!!!


Undi BN boleh masuk syurga juga: Muhyiddin


KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.


"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

sunsnake

Woit! mat sembab!! dalam kawasan sekolah ko cakap pasal UMNO!! Itu bukan sekolah UMNO bro! itu bangunan Kerajaan Malaysia!! Yang ko panggil suruh dengor meraban ko tu bukan ahli-ahli UMNO.. depa cikgu-cikgu sekolah!! Kakitangan kerajaan kan berbeza dengan ahli UMNO!
Kalau PAS Kelantan ceramah politik kat dalam sekolah mahu kena ISA penceramah tu sebab salahguna harta kerajaan! Sekali lagi teman ulang ayat.. Macam mana la Mat sembab macam ni boleh jadi menter Pelajaran!! Timbalan Perdana Menteri pulak tuh!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails