Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Sunday, June 7, 2009

Apabila katak boleh bersuara..

Apabila katak boleh bersuara.. inilah hasilnya!

Kesan PRU Ke-12, Melayu kini dalam dilema Melayu dalam dilema

KOTA BHARU 6 Jun - Masyarakat pribumi di negara ini terutama orang Melayu kini dilanda dilema politik dan ekonomi kesan daripada manifestasi Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.


Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, implikasi kepada dilema itu kelihatan semakin mencabar masyarakat pribumi dan jika ia gagal ditangani segera kesan yang lebih buruk akan berlaku.

Beliau berkata, justeru, orang Melayu dan bumiputera perlu kembali memberi sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah supaya tidak ada pihak yang berani untuk membuat tuntutan tidak munasabah.

"Bila saya katakan orang Melayu dalam dilema, maksudnya orang Melayu sekarang ini sedang berada dalam keadaan serba salah, bingung dan berserabut seperti pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapa.

"Saya katakan kita menghadapi dilema politik kerana hari ini ada orang Melayu yang sudah lupakan bangsanya, lupakan asal-usulnya dan lupakan sejarah," katanya.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, kesan daripada dilema tersebut kini sedang dirasai oleh umat Melayu pada abad ke-21.

"Faktor-faktor penyebabnya ada jelas di depan mata kita, contohnya, kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia hari ini kelihatan seolah-olah semakin terhakis, perjuangan UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari oleh amalan rasuah politik yang serius.

"Wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) kian dipersenda oleh beberapa parti komponen BN sendiri, kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada hujung tahun 2008 adalah bukti kepada fenomena ini," katanya.

Katanya, faktor yang terbesar ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu kini mempertaruhkan nasib dan masa depan umat Melayu kepada segolongan bukan Melayu.

Tegasnya, orang Melayu tidak akan berada dalam dilema sekiranya hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahankan dan tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikannya.

sunsnake

Wahai Hamba Allah Brahim Ali! Yang dalam dilema sekarang ni melayu UMNO dan Melayu katak spesis macam mu tuh! Melayu PAS dan PKR mahupun melayu DAP dah nampak dah apa hala tuju.. Macam mana la mu boleh lompat sampai dapat bertanding guna nama PAS! PAS Kelantan sila pastikan jangan tertipu lagi dengan spesis 'ganjil' ini!

No comments:

Related Posts with Thumbnails