Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, June 24, 2009

TV Islam medium baru sampaikan mesej-Jamil Khir

YAN, Jun 21 — Saluran televisyen Islam akan dilancarkan sebaik mendapat frekuensi bersesuaian dan bakal menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sebaik beberapa masalah teknikal dapat diselesaikan, saluran itu juga akan menjadi medan untuk masyarakat berinteraksi bagi membincangkan berhubung sesuatu perkara yang berunsur kerohanian.

“Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan sebarang mesej kepada masyarakat terutama penduduk di kampung.

“Dari segi ‘material’ untuk disiarkan, kita tidak mempunyai masalah kerana sudah banyak syarikat-syarikat produksi menawarkan bahan untuk ditayangkan dalam saluran TV Islam itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup program empat hari Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda di Dulang Besar, di sini semalam.

Jamil Khir berkata, saluran itu juga akan menyiarkan produk-produk seperti yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) termasuk pemberian pinjaman kecil-kecilan, untuk memastikan maklumat mengenai penawaran kemudahan itu sampai kepada setiap golongan sasaran.

Jumaat lalu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. — Bernama

PASZBB

Agak-agak nanti, Channel tu ada tak drama lakonan artis-artis yang hanya bertudung dalam filem? kadang-kadang heran gak.. dalam filem memang solehah sungguh! di luar filem pakaian mengalahkan Yahudi! hmmm.. Heran-heran.. dia yang berlakon jadi muslimah tawadduk dalam drama.. dia jugak la yang 'sosial giler' di luar drama!

Yang dok nonton lakonan dia jadi insaf.. tapi yang dok berlakon makin haru! Subhanallah!

No comments:

Related Posts with Thumbnails