Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, June 4, 2009

Sabo yeop! Dah tak lama dah tu..


sumber - malaysiakini

Sekumpulan 17 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Perak menarik perhatian di muktamar dewan tersebut hari ini apabila mereka hadir berpakaian serba hitam bagi menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ada antara mereka yang turut memakai ikat kepala berwarna hitam yang bertulis 'Bubarkan DUN Perak'.
Kehadiran mereka turut menarik parhatian pengerusi tetap muktamar Dewan Pemuda PAS, Misbahul Munir Masduqi.

Beliau secara berseloroh berkata: "Mengapa sekuriti di majlis kali ini begitu longgar...macam mana boleh benarkan mereka yang pakai hitam masuk ke majlis ini..."

Selepas itu, barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang duduk di pentas turut memakai ikatan berwarna hitam di lengan masing-masing.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh mengajak rakyat Perak dan orang muda memakai baju hitam setiap hari Sabtu sehingga DUN Perak dibubarkan.

Menurutnya, satu perhimpunan kemuncak untuk mendesak pembubaran DUN Perak akan diadakan Ogos depan.

sunsnake

Allahuakbar! simpati benor ghase teman kat negeri teman nih! Sabo2 yeop! InsyaAllah, idak lama lagi nak tumpo UMNO-BN Peghak tu deh! Sekejaaaapp je lagi.. sabo2.. banyak kite doa kepada Allah SWT.. Mamak tu pun dah paneh lenyor dah tuh!

No comments:

Related Posts with Thumbnails