Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, June 24, 2009

Bengkel Media Baru Dedah Informasi






Beberapa orang wakil daripada Bukit Beruntung telah terpilih untuk menyertai Bengkel Media Baru anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung selama 2 hari di CCSB, Batu Tiga, Shah Alam pada 20 & 21 Jun baru-baru ini.

Bengkel ini bertujuan untuk membuka minda dan pengetahuan peserta kepada Media baru iaitu internet. Bermula dengan pengenalan kepada tujuan bengkel, penggunaan e-mel dan facebook, seterusnya asas penulisan berita dan sedikit ilmu pengeditan video.

Rakaman video dan sedikit temuramah dengan peserta bengkel di sini

Sedikit hasil kerja amatur "edit video" oleh wakil Bukit Beruntung...



Bengkel Media Baru Dedah Informasi - TVSelangor

Dalam era globalisasi yang pesat membangun, rakyat seharusnya didedahkan dengan teknologi maklumat yang sememangnya berguna dalam pelbagai urusan.

Dengan kepesatan teknologi sedia ada, semua urusan dapat dijalankan dengan mudah dalam masa yang singkat.

Justeru, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk mendedahkan penduduk dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi Bengkel Media Baru.

Bengkel dua hari ini dianjurkan oleh Communication Corporation Sdn Bhd di Pusat Latihan CCSB di Batu Tiga, Shah Alam.

Rata-rata peserta program dilihat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berpendapat ia berupaya membuka minda dan meluaskan lagi pengetahuan rakyat dalam bidang IT.

Peserta dari Pusat Khidmat Masyarakat Taman Medan, Ermeemariana Saadan, berkata bengkel ini dapat mempertingkatkan lagi daya pemikiran rakyat, sejajar dengan perkembangan semasa.

Menurutnya,program sebegini amat membantu terutamanya dalam kita menjalani arus kemodenan yang mesti diterapkan bagi semua golongan masyarakat.

Bagi Amri Abdullah Sani pula, bengkel ini membuka ruang kepada beliau untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dalam suntingan video.

“Inputnya terlalu banyak, terutamanya untuk facebook dan video editing.sebab daripada benda ni kita boleh mempelbagaikan maklumat tuh,mcm contoh kita boleh edit video dimana kita boleh shortkan/ringkaskan supaya lebih faham dan orang lebih senang faham”,tambahnya lagi.

Pengetahuan yang kurang dalam dunia siber, memberikan Faridah Mahfoz suatu pengalaman baru dan keseronokkan apabila mengikuti bengkel ini.

Beliau berkata, ilmu yang baru diperolehi ini merupakan sesuatu yang sangat berharga dan berasa bersyukur dengan peluang yang diberikan.

Manakala bagi Mohd Ridzuan Basri berkata, secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya memberikan satu pendekatan baru bagi memperkenalkan teknologi sedia ada untuk kemudahan rakyat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails