PUTRAJAYA 29 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.
Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.
‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini.
Najib ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempelawa Najib berdebat dengannya secara terbuka.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu menyusul selepas Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, sepatutnya sebelum sebarang perbincangan boleh dilangsungkan, sesuatu pihak itu jangan mengutuk pihak lain.
‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’ katanya.
Nik Aziz ketika berceramah di Padang Awam Laloh baru-baru ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam.
Ditanya pertentangan di antara Pas dan UMNO yang tidak berkesudahan menyukarkan usaha perpaduan Melayu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku menunjukkan wujud perpecahan dalam Pas.
Katanya, terdapat kumpulan dalam parti itu yang mahu duduk berbincang dan UMNO menunggu perkembangan selanjutnya di pihak Pas.
‘‘Kita tengok macam mana, apa yang berlaku terpulang kepada Pas. UMNO telah menyatakan pendirian.
‘‘Dalam erti kata lain kita sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perbincangan dengan Pas,’’ katanya.
sunsnake
Tak nak debat.. ok lah.. suka hati kamulah! cuma kalau rakyat memandang kamu dengan penuh 'pengecutan'.. jangan salahkan pembangkang!! jangan salahkan Nik Aziz.. Jangan salahkan Lim Kit Siang!! terpulang la pada kamu nak kata membazir ke ape ke..
Yang heran ayat yang teman 'bold' kan tu.. macam ayat nak melaga je? ada niat nak melagakan PAS ke? setelah racun sumpit 'perpaduan' ditemui penawarnya! isk..isk..isk.. kesian..
No comments:
Post a Comment