Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, June 18, 2009

Muktamar khas PAS redakan isu k'jaan perpaduan


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan kerajaan perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

"Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja... kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas.

"Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau juga berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.

"Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. Insya Allah, selepas
diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang baru dilantik pesuruhjaya PAS Terengganu.

sunsnake
Betul tu Datuk! Elok benor le macam tu.. Teman sokong sesangat! Segala-galanya perlu diperbetulkan.. Urat yang tersalah.. betul-betulkan.. darah yang tersangkut-sangkut.. kita bekam-bekamkan.. Moga-moga luka yang tak sepatutnya timbul ini akan kembali pulih dan hilang..

No comments:

Related Posts with Thumbnails