Mansuhkan terus ISA - PBRS - Utusan Meloya
KOTA KINABALU 30 Jun — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji atau dipinda tetapi sepatutnya dimansuhkan terus, kata seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan Akta baru menggantikan ISA, jika sekiranya ISA dimansuhkan, kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.
Beliau bagaimanapun menyokong cadangan untuk menyemak semula 32 Akta lain seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.
“Saya pernah menyuarakan ketidakpuashatian terhadap cara penyampaian Akta ini semasa tahun 1992. Ini kerana saya dapati tahanan ISA tidak diperlakukan dengan baik, dan ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.
“Banyak pihak seperti NGO (badan bukan kerajaan) telah menyuarakan perkara yang sama dan mahu melihat Akta ini dimansuhkan,” katanya kepada Bernama. - Bernama
sunsnake
Gila berani brother nih! Berani dia protes undang-undang yang paling ADIL pada Khairi Jamaludin!! Ini undang-undang terbaik pernah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia!! ini undang-undang yang melebihi kehebatan undang-undang Al-Quran!!! Malah Al-Quran pun tak mampu nak menandingi kehebatan undang-undang ISA ini pada UMNO Barisan Nasional!!!
No comments:
Post a Comment