Harakah Bil.1449(terbaru) ms N3
“Nizar menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu proses mematangkan kepimpinan PAS dari ujian yang diturunkan Allah. Ini kerana ia satu proses memantapkan kepimpinan dalam mengalami sedikit sebanyak pertembungan yang sebenarnya menghasilkan satu pengalaman yang sangat berharga kepada parti. Malah beliau yakin, isu ini akan berkesudahan dengan penyelesaian ‘anak-beranak’ dan Pas tidak sekali-kali akan berpecah dengan agenda jahat media ini. Nizar mendakwa isu ini hanya satu permainan media untuk memerangkap kepimpinan PAS ketika UMNO-BN hari ini berhadapan dengan krisis kepercayaan dan terpaksa menggunakan kesempatan untuk mengkucar-kacirkan PAS. Justeru itu, pintanya, satu penyelesaian bijak perlu diambil bagi mengatasinya dan beliau percaya Tok Guru Nik Aziz sayangkan parti dan kepimpinan yang sedia ada”
Akhirnya...
"Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min,dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"Surah Al-Anfaal, Ayat 62 & 63)
No comments:
Post a Comment