500 ikut jejak Hashim jika keluar Umno Muda Mohd Noor
malaysiakini - Jun 1, 09 11:19am
Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.
Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.
Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.
"Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia.
"Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang)," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.
Datuk Ismail Kassim, adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau.
Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.
"Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri," katanya sambil menambah DUN Pauh diwakili oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.
Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.
Katanya, ada ahli Umno di Arau yang menganggapnya sebagai satu penghinaan walaupun Shahidan telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi (MT).
"Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu.
"Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga," katanya.
PASZBB
Dato' Seri Anwar, ikhlas teman nak kabo, sila hati-hati kali ini.. Jangan terlalu percaya dan jangan terlalu prejudis! Pengalaman sepatutnya mematangkan semua peringkat pimpinan PR terutamanya PKR dan janganlah Pisang 'Bota' berbuah dua kali!
Sebaiknya penghijrahan bukanlah kerana 'frust' atau 'kecewa' kerana tidak terpilih jawatan atau seumpama dengannya kerana inilah sikap dan perangai yang akan menjadi 'virus' di dalam Pakatan Rakyat nanti. Kini pun dah ada virus-virus sebegini cuma masih dapat dikawal terutama di dalam PAS yang teman yakin tiada puak-puak virus 'keduniaan' ini.
Kepedihan salakan pencacai UMNO-BN apabila mengungkit usaha DSAI memancing ahli-ahli Parlimen BN sehingga mereka 'konon'nya menggunakan teknik yang sama dalam usaha 'menculik' 3 ekor katak di Perak masih lagi terasa..
Sebaiknya pandangan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam Pakatan Rakyat diambil kira dan diadakan perbincangan. Jangan seperti isu Fairus bekas TKM dimana seolah-olah terlupa akan kewujudan DAP dan PAS.
InsyaAllah, pakatan kita ini masih muda walaupun ahli-ahlinya seperti PAS telah begitu lama dalam kancah politik dan dakwah di Malaysia ini. Dengan kepimpinan para ulama' di dalam PAS, yakinlah bahawa nasihat parti yang lebih 'tua' didalam Pakatan Rakyat lebih baik dipinta dahulu selain sebagai menghormati di antara satu sama lain.
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment