Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, June 1, 2009

USM pohon maaf... Menarik!!!


Universiti Sains Malaysia (USM) memohon maaf kepada pemohon yang terbabit dalam kekeliruan mengenai senarai calon yang diterima mengikuti pengajian di universiti itu.

Kekeliruan timbul apabila USM tersalah memaparkan senarai nama 8,173 calon yang mempunyai kriteria minimum keperluan mengikuti program pengajian di USM pada 29 Mei lalu sedangkan jumlah yang diterima masuk hanyalah 3,599 orang.

Menyedari kesilapan teknikal itu, USM telah membetulkan senarai nama yang dipaparkan itu pada 30 Mei.

Semalam, hampir 100 pelajar bersama keluarga mereka datang ke USM apabila mendapati mereka tidak diterima melanjutkan pelajaran di universiti itu, lapor Bernama.

Pemangku Naib Canselor Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal berkata, keutamaan universiti ketika ini ialah untuk menyelesaikan kekeliruan yang berlaku dan perkara lain berhubung punca masalah
itu akan ditangani kemudian.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyelesaikan isu kekeliruan tersebut.

Katanya, USM juga sedang menyediakan laporan dan penjelasan mengenai kesilapan teknikal dalam pengumuman senarai calon yang dipaparkan menerusi lamanweb rasmi USM pada 29 Mei lalu untuk dihantar kepada menteri berkenaan.

Bercakap dalam sidang akhbar di Pulau Pinang, beliau berkata, USM telah menghantar SMS kepada pemohon yang berjaya dan sedang menunggu pengesahan penerimaan tawaran itu.

"Kita sedang menyediakan senarai akhir pemohon yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti ini sebelum menghantarnya kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Kementerian Pengajian Tinggi (UPU).

"Manakaka senarai pemohon yang tidak diterima melanjutkan pelajaran di sini, juga akan dihantar ke UPU untuk membolehkan mereka dipilih ke universiti lain yang bersesuaian," kata Ahmad Shukri.

Katanya USM memohon maaf kepada pemohon terbabit.

PASZBB

Menarik!!! Amat menarik!! Permohonan Maaf sebegini jarang-jarang kita dengar! Dan tak pernah langsung dengar daripada Kerajaan 'Maksum' Malaysia!! Yang selalu kita dengar kesalahan ini adalah milik mak ayah,peniaga, pemborong,peruncit,pencuri,perompak,pengguna,pembeli, pemandu,pembonceng,penderma dan semua orang kecuali KERAJAAN MALAYSIA!
Kepada pihak pengurusan USM, teman secara peribadi mengucapkan tahniah diatas permohonan maaf yang diucapkan. Teruskan sikap merendah diri ini. InsyaAllah, kemaafan akan diberikan oleh mereka yang terkesan dengan kesalahan tersebut.

Buat Najib dan gerombolan.. kemana dihabiskan duit rakyat berbillion-billion tempoh hari?? KDNK negara tetap teruk! macam campak daun pisang kering dalam api bawah kawah dodol aje? hmmm.. ini bukan kesalahan KERAJAAN MALAYSIA! ini kesalahan makcik goreng pisang di pekan Bukit Sentosa yang tak nak bayar denda Majlis Daerah Hulu Selangor!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails