Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
Sunday, August 30, 2009
Penjelasan Daripada Wakil Rakyat Shah Alam isu Lembu Arak Kepala Lembu!
PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS
Oleh Khalid Samad
Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam.
sumber - TT
Saturday, August 29, 2009
Isu lembu arak Kepala Lembu - 5
Buat semua penganut agama Hindu di kawasan Bukit Beruntung khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Saya mewakili PAS Zon Bukit Beruntung memohon maaf atas segala tindakan biadap yang dilakukan oleh mereka ini. Tindakan mereka ini bukanlah mewakili Umat Islam tetapi sebenarnya terlalu jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Islam melarang umatnya menghina agama lain dan memegang teguh konsep 'Tiada Paksaan Memeluk Islam". Segala tindakan ini adalah amat-amat dipercayai bermotifkan politik.
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(QS. Al-An’am: 108)
Dalam pada itu, pihak kami dengan amat berbesar hati sekiranya ada keinginan daripada pihak penganut agama Hindu di sekitar kawasan kita ini untuk diadakan sebarang dialog perpaduan dan persefahaman yang boleh membawa kepada kefahaman. Inilah sebenarnya yang baik dilakukan didalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini.
Dialog antara agama dapat memberi kefahaman yang lebih antara agama masing-masing disamping memberi permuafakatan yang jitu kerana Islam itu sendiri adalah agama yang bersifat As-Salam yang bermaksud Penuh dengan Kesejahteraan.
Sekian Terima Kasih.
"PAS For ALL"
PAS Zon Bukit Beruntung
Isu lembu arak Kepala Lembu - 4
agak-agak puak mana ye yang jadi dalang?
Ayat-ayat 'Pengkhianat", "jangan main api".. ni semua ayat-ayat 'songkok tinggi' je..
dok laung kalimah 'Allahuakbar' tapi ntah apa yang ada dalam fikiran mereka...
Siap cabar lagi penganut agama lain.. mana hadis depa pakai ntah!!!
Seikhlasnya teman bagitau.. teman yakin yang mereka ini bukan ahli PAS yang sebenar..
sebegitu banyak demo yang pernah PAS anjurkan.. tak pernah lagi kami menghina kejadian Allah SWT seperti kepala lembu tersebut.. dan bagaimana mereka terfikir untuk membawa kepala lembu tersebut pun menjadi tandatanya dalam kepala otak teman!
Brother yang berucap berapi-api berkemeja lengan pendek kuning (2:04) tu pun gaya kopiah macam nak kelirukan orang je? terperasan jugak brother yang pegang banner(kemeja putih@biru@macam mamak sikit) macam tak betah je pakai kopiah? ke biasanya pakai songkok?
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS. Al-An’am: 108)
Wallahua'lam.. Sunsnake
Isu lembu arak Kepala Lembu - 3
Jangan sesekali kita relakan api mereka membakar negeri Selangor ini! 'Kapla-kapla' ini telah melihat isu kuil ini boleh dijadikan modal untuk 'rampas' negeri ini semula! Dari Dengkil sampai Ulu Bernam! AWAS!
"Kapla-kapla ini nak buat 1 isu untuk hilangkan 1001 satu masalah yang dok ada dalam kepala mereka! taktik lama Mahadey telah digunakan semula!! ini nak lenyapkan isu-isu antaranya:-
# Isu kekalahan teruk UMNO di Permatang Pasir
# Isu Ketua UMNO Permatang Pauh tibai calon sendiri!!
# Isu MCA retak menanti belah!
# Isu arak yang nampaknya PAS semakin kelihatan lebih efektif dalam mendaulatkan Islam!
# Isu Teoh Beng Hock yang semakin nampak senget sabit ke SPRM nya!
# Isu Khir Toyo yang makin melondeh!
# Isu Menteri ISA tersilap kuar statement!
# Isu PKFZ yang makin berasap! dulu MCA la ni UMNO akan terheret sama!
# Isu 1 Malaysia yang makain rakyat 'bo layan!'
# Isu Puaka Monggolia yang tak sudah-sudah!
# Isu kapal Selam yang tak sampai-sampai!
# Isu Kampung Buah Pala yang dah makin meloya!
# Isu sebat yang semakin menelanjangkan singkatnya ilmu agama pemimpin gerombolan!
Banyak la lagii!!! naik muntah teman nak taip kat sini!!
Samy Vellu kecam arak kepala lembu
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.
"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.
"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.
Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.
"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.
Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.
Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.
Isu Lembu arak Kepala Lembu - 2
AWAS rakyat Malaysia!! lakonan telah bermula! Rakyat Selangor kena hati-hati dengan isu ini..
Ada gerombolan yang sedang cuba 'berboneka' di negeri kita!
Mereka sedang bersahut-sahutan sesama mereka termasuk Polis yang secara tiba-tiba menjadi 'mesra rakyat'!!
sunsnake
Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu
Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.
"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.
"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?
PM kesal, arah IGP bertindak segera
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.
Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.
"Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera," tambahnya.
Ketua Polis S'gor gesa orang ramai bertenang
etua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.
Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuhkan sensitivi agama.
"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.
"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.
Sehingga ini, kata Khalid, tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung insiden tersebut.
sumber-sumber - malaysiakini
Friday, August 28, 2009
Isu lembu arak Kepala Lembu - 1
hmm.. heran gak teman macam mana polis boleh 'tengok saje' demo haram nie..
kalau PR yang anjur confirmed!! dah mandi asid dah puak-puak tuh!! Maka confirmed!! ini UMNO punya kerja!! masa zaman Khir toyo dulu bersepah kuil dibina tak pulak depa buat demo?? ke lain semangat dulu dan sekarang?? kalau inilah gaya UMNO nak berdakwah kepada india hindu kat Selangor nie.. alamat makin besar la patung dewa kat Batu Caves tuh!
Seharusnya isu ini diselesaikan 'ibarat menarik rambut dalam tepung'.
Jangan buat seolah-olah Islam ini agama yang semberono macam ni! Harap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat buat sesuatu dengan segera untuk counter isu ini.
Apabila melihat ayat-ayat banner mereka seperti 'Take Beer', "jangan main api" teman rasa semua orang dapat agak siapa dalangnya! teman setuju dengan YB Khalid Samad...
sunsnake
Arak Kepala Lembu bantah Bina Kuil Hindu
Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.
Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.
Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.
Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.
Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".
"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.
Polis hanya memerhati
Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.
Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.
"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.
"Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."
Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur.
"Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya.
Tidak hina Hindu
Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.
"Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya (foto bawah).
Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.
Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.
Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.
Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.
Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.
Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.
'Khalid, Rodziah pengkhianat'
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23.
Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah "Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa", "bantahan kuil" serta "jangan main gila" dan perkataan hijau pula "jangan main api".
Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.
"Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng," katanya.
Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno.
"Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya.
"Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian.
"Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka."
sumber -malaysiakini
Akhirnya... Nak harapkan UMNO??? Chaitt!!!
7-Eleven drops alcohol
IN a surprise move, it was learnt that all 7-Eleven convenience stores in Selangor had been ordered by its parent company, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, to remove all beer and other beverages containing alcohol from sales display.
It could not be ascertained why this order was given late yesterday evening, but checks by Malay Mail at several of these stores in Petaling Jaya — even in non-Muslim majority and predominantly commercial areas — found staff there packing away alcoholic beverages.
“We received a notice a short while ago from our headquarters to stop selling alcohol drinks,” said Mohd Kasim, 25, who works at the Taman Sea Park 7-Eleven outlet. “We have removed the drinks as soon as we got the notice.”
He speculated that it could be due to the current holy month of Ramadan.
Earlier this month, controversy broke out when Selangor exco member and State Pas chief Datuk Hassan Ali, called on the State government to impose a blanket ban on the sale of alcohol by 24-hour convenience stores and retail outlets in Muslim majority areas.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim later intervened by deciding that convenience stores could self-regulate where it came to such sales.
sumber - Malaymail
Syoknya Tarawih di Bukit Beruntung!
Salam,
Akhirnya malam tadi teman berkesempatan menunaikan Solat Isya dan Tarawih berjemaah di Masjid As-Salam Bukit Sentosa (kembar Bukit Beruntung). Pada yang tidak tahu, Bukit Sentosa ini adalah bersebelahan malahan boleh dikatakan berada di dalam Bukit Beruntung dan begitulah sebaliknya! Demikian akrabnya Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang kedua-duanya ber'poskod'kan 48300 Rawang.
Balik pada cerita teman tadi, sebaik sahaja selesai menunaikan Solat Isyak, bilal pun melaungkan seruan Selawat menandakan tiba untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih. Yang menariknya apabila selesai Rakaat ke-4 Tarawih dimana sesi Tazkirah diadakan! Subhanallah! Terngiang-ngiang suara Khir Toyo suatu ketika dahulu mengarahkan seluruh masjid di Negeri Selangor agar mengadakan solat Sunat Tarawih 20 rakaat dan diHARAMkan tazkirah! Kononnya Tazkirah akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab a.k.a PAS la tuh!!
Alhamdulillah.. Sepanjang sesi tazkirah malam tadi takde langsung kedengaran perkataan PAS atau PKR atau DAP atau UMNO sekalipun daripada Ustaz yang bertugas! Yang jelas kelihatan beberapa jemaah termasuk yang 'songkok tinggi' beredar meninggalkan masjid! Mungkin tak setuju dengan adanya sesi tazkirah atau mungkin sakit perut! Wallahua'lam.
Malam tadi, Al-Fadhil Ustaz yang bertugas menyampaikan Tazkirah berkenaan Solat Witir, sebelum itu beliau menyampaikan kepentingan Tazkirah, apa dia Tazkirah, mengapa perlunya Tazkirah. Amat menarik kerana inilah masanya yang sesuai untuk menyampaikan peringatan atau tazkirah kerana masjid penuh dengan jemaah! Mungkin ada dikalangan jemaah tersebut yang jarang-jarang kemasjid (macam teman!) atas desakan pekerjaan atau mungkin masalah lain.
Tazkirah akan diadakan jika ada Ustaz yang berkelayakan dan Solat Sunat Tarawih akan diadakan hanya 8 rakaat sekiranya ada tazkirah manakala jika tiada tazkirah, Solat Sunat Tarawih akan diadakan 20 rakaat.
Teman ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh AJK dan kepimpinan Masjid As-Salam Bukit Sentosa diatas perubahan dalam aktiviti masjid Ramadhan kali ini. Berbeza sungguh dengan sebelum-sebelumnya. Dengan kelas pengajian muslimat yang berterusan (isteri teman pun joint!), dengan pengisian solat jemaah yang sentiasa boleh dikatakan ramai, dengan aktiviti Qiamullail mingguan, dengan aktiviti Iftar/buka puasa yang berlangsung sejak bulan Rejab lagi dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dilaksanakan dan masih didalam perancangan.
Buat teman-teman yang lain terutama ahli UMNO Bukit Beruntung, marilah kita sama-sama isikan malam-malam Ramadhan ini dengan mempelbagaikan ibadah. Solat sunat Tarawih 20 rakaat itu bagus namun bukankah amat bagus kalau kita isi dengan Tazkirah yang penuh dengan peringatan? Bukankah cantik kalau kita jadikan Sesi Solat Tarawih kita juga sebagai majlis Ilmu? Otomatiknya dapat pahala berada didalam majlis ilmu.. Pahala 1000 rakaat solat sunat tu syeikh!! lebih dari 20 rakaat Tarawih!...
Wallahua'lam.
Sunsnake
blog masjid As-Salam, Bukit Sentosa Rawang - As-Salam
Confirmed!!! Mamat ni pengkhianat negara!!
sunsnake
Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM |
"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.
Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.
"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.
"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.
"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.
Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.
PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.
Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).
Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.
Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.
"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.
Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."
sumber - malaysiakini
Thursday, August 27, 2009
Retak menanti belah! - Enam Bahagian MCA Minta Kuasa Presiden Dilucut Sementara
Pelucutan sementara kuasa presiden itu merupakan satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada biro disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.
"Keenam-enam bahagian MCA sebulat suara bersetuju meminta Biro Disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak kami," kata Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng pada sidang media pada Khamis.
Tiga permintaan yang lain menurutnya, adalah meminta biro disiplin MCA menyiasat tuduhan derma RM10 juta kepada MCA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bdn Datuk Tiong King Sing.
Keenam-enam bahagian MCA itu kata Ng, juga mahukan biro terbabit menyiasat tuduhan presiden parti tentang usaha pengumpulan dana sebanyak RM100 juta bagi membiayai usaha menjatuhkannya.
Akhir sekali katanya, mereka meminta biro disiplin parti mengkaji semula keputusan yang mereka buat semalam untuk memecat keanggotaan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata, pertikaian di antara Ong dan Tiong merupakan soal peribadi di antara mereka berdua dan tidak membabitkan MCA serta anggotanya secara keseluruhan.
"Tindakan beliau (Ong Tee Keat) mengheret sama MCA di dalam pertikaiannya dengan Tiong telah mencemar nama baik dan imej parti di kalangan masyarakat negara ini," katanya.
Pengerusi MCA Bahagian Pontian Datuk Tee Siew Kong pula berkata, tindakan memecat Timbalan Presiden parti semalam dianggap seperti mempermain-mainkan kewibawaan para perwakilan MCA yang telah memilih Dr Chua ke jawatan itu.
"Dr Chua telah dipilih oleh 1,115 perwakilan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk memegang jawatan Timbalan Presiden MCA. Tindakan biro disiplin yang dianggotai hanya beberapa ahli untuk memecatnya adalah tidak wajar dan seperti mempermainkan perwakilan," katanya.
Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah Jason Teoh pula berkata, pihaknya menyokong segala usaha untuk memulihkan parti termasuk kemungkinan diadakan mesyuarat agung luar biasa parti.
-- BERNAMA
Munajat - Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
Hayati bait-bait nasyid ini.. dan keindahan suara Ustaz mengalunkannya benar-benar
'touching'....
sunsnake
Menteri-menteri Malaysia jahil syariah???
Sentuh kes syariah, hina mahkamah | |
|
Datuk Muhammad Burok juga menyeru supaya Majlis Peguam serta pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.
Amaran ini dikeluarkan susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.
"Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
sumber -malaysiakini
Lagi pimpinan MCA akan sertai PR?
Ogos 27, 09 12:48pm
Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Fong Chan Onn hari ini menggesa pucuk pimpinan parti itu supaya menimbang semula keputusan memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dari parti itu berhubung skandal seks.
"Beliau telah memohon maaf ekoran skandal tersebut dan meletak jawatan menteri dan ahli parlimen bagi memikul tanggungjawab moralnya," kata Fong dalam satu akhbar hari ini.
Pemimpin veteran MCA itu berkata, parti harus menghormati keputusan perwakilan yang memilih Chua sebagai timbalan presiden parti dalam pemilihan Oktober lalu.
"Saya rasa kita harus memberi peluang kepada Chua dan Presiden Datuk Seri Ong (Tee Keat) untuk bekerjasama ke arah memperkuat parti pada masa depan.
"Kita tidak mampu untuk berpecah pada masa ini," katanya sambil menambah, parti itu sedang berusaha untuk memulihkan sokongan rakyat selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2008.
Fong juga berkata beliau tidak menyokong mana-mana puak yang bertelagah dan enggan menjawab soalan sama ada beliau menyokong usaha memanggil mesyuarat agung luar biasa untuk mengambil tindakan terhadap Ong.
Mesyuarat Majlis Presiden MCA malam tadi mengesahkan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu untuk memecat Chua berhubung skandal seks terhadapnya.
Ekoran itu, Chua meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan, ahli parlimen Labis serta melepaskan jawatan naib presiden.
Bagaimanapun, beliau dipilih oleh para perwakilan untuk memegang jawatan timbalan presiden 10 bulan yang lalu.
Dan sudah menjadi rahsia umum bahawa wujud ketegangan dalam hubungan antara Ong dan Chua.
sumber -malaysiakini
Perayu Undi - Sepinya tanpa dirimu...
Teman masih teringat semasa berkempen merayu undi di PRK Parlimen Bukit Gantang untuk memenangkan calon PR-PAS Dato’ Seri Haji Ir. Nizar. Teman bersama rakan-rakan dari Hulu Selangor ditugaskan di UPU SK Tun Johan, Trong Barat. Antara tugasan kami adalah merayu undi di sepanjang jalan hadapan UPU tersebut.
Teman terus mengambil papan lapis (berbentuk kotak) dan tertampal poster calon terus mengambil tempat di hadapan sekali. Makna kata, setiap kenderaan yang lalu pasti akan nampak muka teman dulu.. Tugas teman mudah.. dengan seikhlas mungkin menunjukkan tanda ‘bagus’ dan menunjukkan wajah calon di papan tadi, kemudian menantikan respons daripada pemandu dan penghuni kenderaan yang lalu-lalang.
Alhamdulillah, boleh teman katakan dari 100 biji kereta, hamper 90 buah yang membalas dengan positif sama ada menunjukkan tanda bagus kembali atau tersenyum dan mengangkat tangan! Malahan ada jugak yang kelam-kabut menaikkan bendera PAS yang sedia tersimpan di dalam kereta mereka!!
Dan jika dipecahkan melalui kaum pula hamper 100% kaum Cina & India membalas dengan sangat-sangat positif!!
Hampir-hampir teman menitiskan airmata apabila melihat mereka(cina & India) mengangkat poster wajah DS Nizar dari dalam kereta mereka!
Ada juga yang menunjukkan penumbuk kepada teman!! (confirmed!! UMNO piaw!!)
Justeru itu, teman tak heran apabila SPR mengaplikasikan undang-undang paling bodoh dan tak pernah berlaku sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia!!
‘Tidak boleh ada perayu undi”.
Ini adalah kerana sebenarnya UMNO-BN dapat merasakan betapa berkesannya jentera perayu undi PAS-PR dihari pengundian dan mampu membuatkan ‘faktor saat akhir’ bagi pengundi mengubah hati mereka lalu memilih calon PR.
Cuba bayangkan wajah-wajah bengis dan gelap wanita-puteri-pemuda UMNO merayu undi?? Adakah mampu mereka mencairkan hati para pengundi dengan wajah-wajah mereka itu? Sebelum teman menyertai politik Islam secara serius pun teman sering melihat petugas-petugas UMNO bertugas merayu undi dan ikhlas teman katakan mereka majoritinya bekerja kerana duit!! Mustahil keikhlasan dapat dicipta oleh wajah apabila hanya duit berada dalam fikiran!
Sebenarnya aktiviti merayu undi ini adalah antara faktor yang menarik minat rakyat di hari ‘Pesta Demokrasi’. Di hari inilah rakyat menjadi Hakim!! Bukan Perdana Menteri bukan Presiden UMNO!! Tetapi rakyat!! Dihari tersebut rakyat boleh menjatuhkan dan rakyat mampu menaikkan (dengan izin Allah SWT).
Apalah ertinya apabila rakyat dihalang merayu undi? Pernahkah parti-parti Pembangkang memohon agar perayu undi diharamkan? Mengapa apabila UMNO-BN asyik kalah dalam PRK, baru undang-undang ‘rubbish’ ini dilaksanakan? Penakut? UMNO memang terkenal dengan sifat penakut mereka kerana kurangnya keyakinan mereka dengan bantuan Allah SWT!!
(Sedih dapat berita dari sahabat yang bertugas dihari pengundian PRK Permatang Pasir, sticker PAS kat kereta pun Polis suruh tanggal!! Inikan pula perayu undi!)
InsyaAllah, segala apa yang berlaku kini sebenarnya adalah tanda-tanda kehancuran sebuah kerajaan yang telah terlalu lama menzalimi rakyat Malaysia ini.
Buat semua rakyat Malaysia yang sedih menyaksikan kezaliman demi kezaliman oleh kerajaan UMNO-BN, bersabarlah.. dengan sepenuh hati kita panjatkan doa dan usaha.. Pasti ada sinar harapan baru buat rakyat Malaysia.. InsyaAllah.. Takbir!! Allahuakbar!!
sunsnake
Cerita Kelakar!!! Mesti Baca! Wakakaka!!
Ramadhan 2002 - Universiti Tronoh
Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (gua ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas gua ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah.Gua memang style payah menolak pelawaan kawan kawan. Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maap la wahai sang makwe, lain kali lah kita dating.
Persoalan gua pada Malek,"kejadah lu nak pegi sampai Batu Gajah?, Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih, baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.
"Gua nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon gua tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.
Gua panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab.Malek memang baik.Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong.Hari tu gua ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut.Tak banyak ragam.Kalau gua ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya bebaloi la hidup kat dunia ni.
Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang gua pundit kan.Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek,lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas,ditambah dengan pemanduan berhemah encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.
Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam.Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang.Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas moto di celah celah makcik Bihun Sup."Bagi tiga ringgit...kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan.Gua awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan gua.Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir,bukannya nak merewang saja saja.
Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah,gua dan Malek pun bergegas untuk pulang.Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu.Nak buat show tunjuk juboq.Kalau lambat nanti marah pula.Radio hitz FM dalam kereta gua kilas pegi ke Radio Perak.Pukul enam setengah, dengarla mengaji pulak.Orang putih orang putih juga Malek.
Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh,halangan yang serupa gua dan malek tempuhi sebagaimana kami datang.Lembu lembu,lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek.Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah.Perangai dengki yang bikin gua sakit hati rasa nak penerajang.Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam gampang.Ahh,ujian dibulan puasa.
Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang.Alang alang, gua ikut bebuka dirumah malek saja lah senang cerita.Kalau gua jalan kaki balik ke rumah gua pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan bebuka puasa.Takkan gua nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?,sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang.Hah gelagat gelojoh lagi tak matang.Bukan begitu sikap yang ibu gua terapkan.
Sampai dirumah Malek, budak budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip, Kobeng dah ready bersila atas surat khabar.Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.
"Mana lauk gua?" - Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.
KLIMAKS stori ini bermula di sini..,
Sesi berbuka puasa hari tu gua saspek telah menjadi legenda bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.
"TOMYAM lu tu, esok sumpah gua pegi cari, biar sampai ke Ipoh pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir. Gua tak sampai hati nak kupas situasi konfuse antara Malek dan Shabir pada hari tersebut. Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam. Kahkahkah!!!
p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari,mau si Malek ajak gua pegi carik nasi kangkang. Pundek sungguh!
sunsnake
teman mengalirkan airmata ketawa baca cerita nih!!!
Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah - Al Fatihah
Wednesday, August 26, 2009
Lain orang kena sebat, lain orang rasa sakit!
oleh : ummiAnni
ummi terpanggil nak komen tentang isu hukuman sebat Kartika..hukum sudah dijatuhkan si tertuduh sudah mengaku dan terima hukuman yang diterima dengan hati yang insaf..dengan niat agar hukuman yang bakal dia terima akn menjadi pengajaran terhadap ramai umat Islam yang terjebak dengan arak..betapa suci niatnya..
seorang yang bersalah mengaku bersalah dan sanggup menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya kita anggap dia seorang yang berani...tapi yang pak2 menteri dan mak2 menteri tiba2 boleh hangatpijar ni kenapa..? mereka kah yang nak dihukum..? atau mereka terasa2 akan menerima hukuman yang sama..? kalau korang tak bersalah kenapa korang pulak yang lebih menggelabah..?
kalau pemerintah rasa kasihan pada Kartika tolong kawal anak2 Islam kita yang lain dari mendekati arak..baru la dikatakan pemerintah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya.. sepatutnya sebagai pemimpin negara yang mengaku sebagai hamba Allah..kita menyokong dan memberi semangat kepada Kartika untuk menjalankan hukukman demi maruah agama Isalm..
tapi bila dengar para pemimpin yang beragama Islam komen..aduii rasa malu la pulak ngaku depa2 ni pemimpin negara yang beragama Islam..
- Mukhriz Mahathir cuba mempengaruhi mahkamah supaya menukar hukuman yang telah dijatuhkan dengan membebaskan Kartika
Kartika keliru dengan jadual hukuman yang berubah...
- Menteri dalam negeri Hishamuddin pula menyatakan bahawa kerajaan belum bersedia mengenakan hukuman sebat kerana tidak mempunyai kepakaran dalam soal sebat menyebat ini.
- Perdana Menteri Najib yang begitu perihatin terhadap pembelajaran rakyat terutama pelajar seperti Saiful Bahari dan membela hak wanita sejagat juga menasihatkan supaya Kartika membuat rayuan
Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) memutus untuk menangguhkan sementara hukuman sebat itu atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus
“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa,"
SEJARAH LAGU TERANG BULAN
INILAH DIA KOMPOSER MEMULA MOON
Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)
LIMA PULUH TAHUN TAHUN TERANG BULAN TERBARAI
KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.
Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.
Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).
Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.
Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.
Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.
Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.
Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.
Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.
Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.
Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.
KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.
BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.
BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)
BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.
BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.
BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.
Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.
Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.
United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.
Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.
Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.
Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.
sumber - tukartiub
Keputusan Penuh PRK Dun N11 - Permatang Pasir
Rabu, 2009 Ogos 26
N11 Permatang Pasir : Keputusan mengikut UPU
Peti undi PAS BN MAJORITISamagagah 1397 594 803
Pmtg Ara 1397 1075 322
Pmtg Pauh 875 354 521
Bkt.Indera Muda 1302 862 440
Kg Pelet 738 546 192
Kubang Semang 773 275 498
Tanah Liat 971 500 471
Cross Street 938 300 638
Pmtg Tengah 1225 555 570
Undi Pos 2 6 -4
No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
---|---|---|---|
1 | Mohd Salleh Man | Parti Islam Semalaysia | 9618 |
2 | Rohaizat Othman | United Malay National Organisation | 5067 |
Masalah air di Bukit Beruntung 3.. Apa cer ni Dato'??
PR lebihnya sebab memerintah Selangor..
YB Parlimen Hulu Selangor, apa khabar?
Banyak ke isu rakyat Hulu Selangor dah dibawa ke Parlimen?
Dapat di'bual'kan kat kantin parlimen pun jadi la kot?
Lama tak nampak kat Bukit Beruntung ni??
Sibuk kat Parlimen kot?
Anak India yang dok kat tepi Masjid As-Salam ni rindu nak jumpa ..
YB Adun Batang Kali, apa khabar?
Owhh!! lupa lak YB ni dah kena gantung tak bertali!
Ahli-ahli Majlis, elaun cukup ke? ke nak minta tambah lagi?
Peruntukan cukup ka? ke nak minta tambah lagi??
YDP MDHS, dah lama tak kena penyapu ka?
Hangpa semua buat apa??
rakyat macam kami ni asik bertanya!!!
sunsnake
BUKIT BERUNTUNG – Rentetan isu air yang dibangkitkan penduduk di Bukit Beruntung 3 di sini yang sehingga hari ini tiada usaha serius diambil pihak bertanggungjawab, terus menjadi perbualan penduduk. Terbaru, penduduk membangkitkan mengenai kebimbangan mereka sekiranya berlaku kejadian seperti kebakaran dan kesukaran mengadakan sebarang aktiviti komuniti kerana bimbang air tidak ada.
Pelbagai masalah dilontarkan penduduk berhubung masalah air yang sudah lebih lapan tahun tidak selesai. Suasana hangat juga tiba-tiba berlaku apabila ada pihak yang menyatakan bahawa penduduk kawasan terbabit sebenarnya tidak mengalami sebarang masalah air. Manakala isu yang pernah dilontarkan media berhubung tindakan penduduk yang terpaksa mengambil air dari lombong berhampiran dikatakan bukan untuk tujuan itu. Sebaliknya, pihak tersebut menyatakan penduduk datang dan berkumpul beramai-ramai di tepi lombong terbabit hanya bertujuan mengambil angin dan berkelah dan bukannya untuk mengambil air seperti dilaporkan media. Pihak berkenaan juga dengan sinis mengeluarkan kenyataan mahu bertindak menyaman media sekiranya melaporkan berita palsu. Penduduk dengan lantang bersuara, sekiranya kenyataan pihak terbabit benar, mereka mencabar supaya pihak terbabit tampil bersemuka dengan mereka.
sumber - Media Rakyat Malaysia
bongwcb (2 days ago) Show Hide
sino5129 (2 days ago) Show Hide
If PAS has got more moderate leaders like you, all Chinese will wholeheartedly vote for PAS
vanagumsabagum (1 day ago) Show Hide
damienrogue (2 days ago) Show Hide