Salam,
Isu arak di Selangor ini telah mengingatkan teman akan sejarah teman sendiri semasa melawat Tuk Guru Nik Aziz di Kelantan Januari 2008 bersama rombongan Lajnah Perpaduan Nasional, Kawasan Hulu Selangor.
Antara aturcara dalam lawatan tersebut adalah mengikuti satu siri perbincangan antara rombongan peniaga cina dari Sungai Petani, Kedah dan Kerajaan Kelantan yang diketuai oleh Tuan Guru sendiri. Perbincangan berlangsung di dalam Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim.
Seorang daripada ahli rombongan tersebut yang pastinya berbangsa cina bercerita sebelum memberikan soalan.
" Tuan Gulu(Guru), malam tadi kami mau sambut itu Hari Jadi kawan kami ini(sambil memegang bahu kawan disebelahnya). Kami jumpa satu kedai restoran cina, kami ingat mau makan-makan,minum-minum dan nyanyi-nyanyi(karaoke) sikit laa..."
'Tapi aaa.. itu kedai kata takde jual arak?? nyanyi-nyanyi pun tak boleh!! tapi itu tv sama radio ada.. makan-makan saja boleh!! kami sangat terkejut! tapi apa boleh bikin.. kami makan-makan dan minum coca-cola atau oren sahaja maaa." "saya mau tanya sama Tuan Gulu(guru), kenapa jadi macam ini??? macam mana kami mau minum???
Teman dengan 'nervous'nya menunggu jawapan dari MB Kelantan... tetapi kelihatan YB Anuar Tan yang jawab. Beliau menceritakan betapa Islam tidak pernah melarang bukan Islam untuk minum arak namun Islam Mengharamkan penganutnya minum arak! Kepimpinan Tuan Guru mahukan kerajaan yang membanteras orang Islam minum arak namun dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada bukan Islam dengan bersyarat.
Di Kota Bharu sahaja ada 8 premis yang dibenarkan menjual arak (seingat teman lee).. Ini untuk menyusahkan orang Islam mendapatkan arak. Dikawasan yang majoriti melayu sememangnya arak diharamkan penjualannya!! Dikawasan majoriti bukan Islam tidak ada masalah untuk menjual minuman berkenaan.
YB Anuar juga sempat menceritakan akan 'feedback' daripada golongan isteri-isteri berbangsa Tionghua di Kelantan yang memuji tindakan Kerajaan negeri mengawal jualan arak. "Suami saya tidak balik mabuk-mabuk lagi maaa!!".
Dengan takdir Ilahi, dalam perjalanan pulang kami kira-kira jam 9.30 malam, kami tiba di Raub dan berhenti si sebuah Stesyen Minyak berlogo bintang. Saya memilih-milih keropok untuk dimakan menghilangkan mengantuk. Tiba-tiba kelibat seorang remaja lelaki melayu masuk dan terus membuka peti ais 'mart' berkenaan dan mengeluarkan 2 tin air 'cap Sauh' lalu membayarnya di kaunter. Dengan senyum lebar tokey yang berbangsa cina memulangkan baki. Ketika itu seorang lagi remaja lelaki berbangsa melayu memakai T-Shirt bola 'Brasil' masuk dan memberi salam kepada remaja pertama tadi!!! sambil membuat gaya sombong lelaki tadi memandang teman yang terkebil-kebil sambil tangannya membuka peti ais lalu memegang 2 tin air 'cap Liverpool' pulak!!!
Terus teman teringat peristiwa siang tadi.. jawapan kepada persoalan lelaki cina berbaju biru dari Sg. Petani Kedah itu... Betapa berbezanya Kelantan dan Pahang walaupun bersempadan!
Memang la kita tak mampu nak halang Umat Islam minum arak secara total tetapi sekurang-kurangnya Kerajaan Kelantan berusaha!!!
Kini di Negeri Selangor, soalan yang sama diajukan oleh exco PR sendiri.. Dan kalau boleh sampaikanlah cerita teman ini kepadanya. Pelawaan Tuan Guru untuk exco Selangor ini melawat Kelantan untuk melihat model penjualan arak di Kelantan amat teman alu-alukan!
Sebab selepas lawatan Ahli perniagaan Cina Sg Petani tu ke Kelantan, PAS berjaya memiliki Kedah dalam PRU 2 bulan selepas itu!
Wallahua'lam
"Suburlah Hidup Pasti Akan Berbuah"
Catatan Pengalaman,
Sunsnake
lagi artikel dan berita di paszbb.blogspot.com
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment