Mana FRU?? Mana SB?? Cuti Merdeka ke??
hmm.. heran gak teman macam mana polis boleh 'tengok saje' demo haram nie..
kalau PR yang anjur confirmed!! dah mandi asid dah puak-puak tuh!! Maka confirmed!! ini UMNO punya kerja!! masa zaman Khir toyo dulu bersepah kuil dibina tak pulak depa buat demo?? ke lain semangat dulu dan sekarang?? kalau inilah gaya UMNO nak berdakwah kepada india hindu kat Selangor nie.. alamat makin besar la patung dewa kat Batu Caves tuh!
Seharusnya isu ini diselesaikan 'ibarat menarik rambut dalam tepung'.
Jangan buat seolah-olah Islam ini agama yang semberono macam ni! Harap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat buat sesuatu dengan segera untuk counter isu ini.
Apabila melihat ayat-ayat banner mereka seperti 'Take Beer', "jangan main api" teman rasa semua orang dapat agak siapa dalangnya! teman setuju dengan YB Khalid Samad...
sunsnake
Arak Kepala Lembu bantah Bina Kuil Hindu
Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.
Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.
Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.
Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.
Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".
"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.
Polis hanya memerhati
Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.
Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.
"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.
"Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."
Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur.
"Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya.
Tidak hina Hindu
Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.
"Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya (foto bawah).
Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.
Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.
Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.
Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.
Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.
Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.
'Khalid, Rodziah pengkhianat'
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23.
Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah "Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa", "bantahan kuil" serta "jangan main gila" dan perkataan hijau pula "jangan main api".
Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.
"Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng," katanya.
Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno.
"Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya.
"Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian.
"Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka."
sumber -malaysiakini
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment